'Hanjing' Perkataan Biasa Bagi Saya - Din Beramboi

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Din yang diapit oleh Bob Lokman dan Afdlin Shauki
Din yang diapit oleh Bob Lokman dan Afdlin Shauki

PERKATAAN 'hanjing' yang terkeluar daripada mulut juri tetap Raja Lawak Musim keempat (RL4), Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad yang menjadi buah mulut orang ramai minggu lalu semakin reda.

Din mengakui kesilapannya kerana terlepas cakap semasa memberi kritikan kepada Kumpulan Antu RL4 bagaimanapun dia menggangap perkataan yang disebutnya itu sebagai perkara biasa.

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Disebabkan keterlanjuran kata itu, Din Beramboi ditegur oleh beberapa akhbar. Juri Raja Lawak Afdlin Shauki pula seperti mengusik dalam sindiran semasa program RL4 minggu lepas dengan selamba berkata, "Saya rasa hairan kenapa Din menjadi sopan malam ini".

Namun Din tidak anggap usikan Afdlin sebagai sindiran.

"Saya rasa Afdlin tidak merujuk perkara itu kepada saya, lagipun saya tidak rasa disindir," kata penyampai radio berusia 43 tahun ini.

Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu.

"Itu perkataan biasa digunakan sekarang, lagipun saya sudah mengaku salah," katanya.

Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.

"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti," katanya dalam nada ketawa.

Bagaimanapun, Din mengakui dia sebenarnya tidak bermaksud menyamakan kumpulan tersebut dengan spesis binatang itu.

"Tidak terniat sama sekali untuk menyamakan kumpulan itu dengan spesis binatang tersebut. Mungkin sebab mulut saya yang jenis laser ini membuatkan benda-benda seperti itu terlepas juga.

"Ramai artis lain guna perkataan itu tapi mungkin nasib saya tidak baik dan terus mendapat kritikan dan kecaman daripada umum," kata Din yang redha dengan kritikan yang diterimanya.

Sementara itu, Din turut mempertikaikan penggunaan perkataan yang menimbulkan kecaman banyak pihak itu kerana "kita bukan tinggal di negara komunis."

"Kita sebuah negara demokrasi bukan negara komunis jadi saya rasa tidak salah jika hendak menggunakan perkataan itu," jelas Din yang ketara mempunyai sifat terbuka.

Ditanya mengenai tindakan atau respon daripada pihak penerbit mengenai insiden tersebut, Din memberitahu, penerbit Astro Nizam Sani, agak terbuka berbincang dan menerima kemaafannya serta mengakui rancangan 'live' tidak boleh ditapis.

"Kami sebagai juri dikehendaki memberikan komen yang baik kepada persembahan yang baik tetapi jika persembahan itu tidak bagus, maka kritikan pun tidak baguslah," kata Din yang suka berterus terang ketika memberikan kritikan kepada pelajar di bawah didikannya.

Dalam perkembangan lain, Din Beramboi memberitahu dia bakal keluar dengan rancangan terbarunya Wuhai...Beramboi yang mempunyai 13 episod dan akan mula bersiaran di saluran Warna ASTRO pada penghujung bulan ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan