Katrina Tersenarai Antara 50 Wanita Tercantik

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES jelita Bollywood, Katrina Khaif telah tersenarai dalam 50 wanita tercantik di India. Berdasarkan undian yang dibuat secara online, senarai 50 Wanita Tercantik itu juga turut membariskan pelakon popular Prinyanka Chopra dan Kareena Kapoor.

Katrina yang menerima anugerahnya itu berkata, kesemua individu yang tercalon dalam senarai tersebut layak untuk menang dan wanita seharusnya meraikan keunikan yang dimiliki.

"Saya percaya, kecantikkan bukan hanya berdasarkan kepada tarikan fizikal sahaja," katanya.

Selain membariskan golongan wanita cantik, pengiktirafan tesebut juga turut diberikan kepada seorang penulis, Jhumpa Lahiri dan diikuti aktres Kalki Koechlin dan Preity Zinta.

Dalam pada itu, dua orang ahli sukan badminton Saina Nehwal dan Prinyanka Gandhi juga tersenarai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan