Jackie Chan Berganding Dengan Shah Rukh Khan Lawan Penjahat?

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH tampil dalam beberapa filem Hollywood, aktor berasal dari Hong Kong, Jackie Chan bersedia untuk melebarkan sayapnya ke industri Bollywood. Jackie dilamar untuk beraksi dalam filem RA. One.

Menurut Aceshowbiz baru-baru ini, produser filem Bollywood sedang mendekati aktor yang berusia 55 tahun itu untuk tampil dalam filem aksi RA. One. Jika Jackie bersetuju, dia akan bergandingan dengan Shah Rukh Khan.

”Mereka berharap Jackie bersetuju untuk berlakon dalam filem itu. Syarikat produksi sudah mengirimkan naskah skrip yang bakal dilakonkannya,” ujar salah satu sumber.

Jackie dilamar untuk melakonkan karektor profesor yang membantu Shah Rukh Khan melawan penjahat.

Seperti yang dirancang, RA. One akan menjalani penggambaran di Miami, Amerika Syarikat dan menggunakan jasa krew-krew Hollywood. Namun hingga ini masih belum ditetapkan bila filem ini akan diterbitkan.

Baru-baru ini, Jackie telah berjaya menerbitkan filem The Spy Next Door. Bintang filem Rush Hour itu juga tampil dalam versi The Karate Kid pada 11 Jun nanti.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan