Diana Danielle Tak Mahu Nyanyi Sampai Ke Tua

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana bakal keluar dengan single terbarunya pertengahan bulan ini.
Diana bakal keluar dengan single terbarunya pertengahan bulan ini.

KEHADIRAN pelakon jelita Diana Danielle yang semakin popular dalam bidang nyanyian kini membuktikan dia semakin menyerlah sebagai seorang penyanyi.

Walaupun pada mulanya dia hanya dikenali sebagai pelakon, tetapi hasrat dan cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi terlaksana jua akhirnya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah dengan pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson yang mendapat lamaran sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

Walaupun agak sibuk dengan karier barunya sebagai penyanyi, Diana tidak pernah mengetepikan dunia lakonan yang melonjakkan namanya.

"Saya masih lagi menerima tawaran berlakon dan tawaran menyanyi untuk beberapa persembahan.

"Saya terima tawaran berlakon untuk filem dulu buat masa ini, tapi untuk drama, saya terpaksa fikir dahulu.

"Kalau filem, saya boleh adjust time (menyesuaikan masa), tapi kalau drama, susah sikit la," katanya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour, Mydin MITC, Melaka

Dalam pada itu, Diana juga mengakui, dia menceburi bidang nyanyian dan lakonan kerana minat semata-mata.

"Kalau dah tua nanti, takkan saya nak buat kerja ni lagi. Saya tidak mahu terlalu mengharap dalam bidang ini.

"Saya menyanyi kerana minat sahaja tetapi untuk jangka masa panjang, saya pasti akan memilih kerjaya lain," katanya.

Namun Diana pernah sesekali berdetik rasa menyesal kerana menceburi bidang ini.

"Saya tidak akan menyesal. Lagipun saya masih berminat lagi dengan bidang ini," katanya.

Walaupun usianya masih muda remaja, Diana sebenarnya lebih matang dari usianya.

Kematangannya terserlah apabila dia dilihat agak terbuka membicarakan mengenai kehidupan terutama yang melibatkan masa depan.

Yang pasti, dia ingin fokus kepada keluarganya selepas berkahwin.

"Nanti kalau saya sudah berkahwin, saya akan luangkan masa bersama keluarga," ujarnya yang fobia dengan perceraian beberapa artis kebelakangan ini.

Diana yang kini sedang menuntut dalam bidang Bio-Sains di University Of Nottingham (Kampus Malaysia) memberitahu dia juga berminat dengan bidang perniagaan dan berhasrat untuk menjadi seorang ahli perniagaan suatu hari nanti.

"Saya pasti akan menceburi bidang bisnes suatu hari nanti," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan