Tom My Starz LG Sudah Lama Bersedia Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga. - Foto The Star oleh SAMUEL ONG
Tom dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga. - Foto The Star oleh SAMUEL ONG

SEGALA usaha dan penat lelah bintang My Starz LG, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih mesra dipanggil Tom, 23, akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga, malam kelmarin. Dia yang dahulu merupakan penyanyi di kelab malam sekitar Kuala Lumpur ini juga berjanji enggan menoleh ke belakang lagi. Tekadnya adalah untuk merubah kehidupan keluarga menjadi lebih sempurna.

“Selama ini saya hanya mencari rezeki menyanyi bersama kumpulan ‘Hypnorush’ di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur. Tapi sejak memasuki pertandingan ini saya sudah berhenti.

"Dengan kejayaan ini saya ingin merubah hidup keluarga saya. Insya-Allah selepas ini saya akan ikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak Warner Music.

“Ini mungkin rezeki anak saya, sebelum ini saya banyak memasuki pertandingan nyanyian dalam dan luar negeri. Walaupun pernah menangi beberapa pertandingan namun tiada publisiti kepada saya kerana saya bukan golongan artis,” ujarnya yang pernah berkongsi pentas bersama Siti Sarah di satu pertandingan nyanyian di Los Angeles.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk menempuhi dunia hiburan dan percaya kepada bakat yang ada.

“Saya sudah lama bersedia, sejak saya mula menyanyi dan memasuki pertandingan-pertandingan nyanyian lagi,” ujar Tom yang disebut-sebut bakal menjadi pengganti Ratu rock negara, Ella.

Tom telah mengetepikan cabaran sengit dua finalis untuk muncul juara pertandingan nyanyian My Starz LG musim ketiga, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selaku juara, peserta dari Taiping itu turut menerima hadiah wang tunai RM100,000, televisyen LCD LG 42 inci serta kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia.

Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz), 22, dari Kuala Selangor memenangi tempat kedua seterusnya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan telefon bimbit Chocolate LG, manakala pemenang tempat ketiga, Maisarah Ismail (Sarah), 22, menerima RM5,000 dan set teater rumah HT964PZ juga dari LG.

Dalam acara tersebut, Tom menunjukkan kehebatannya di hadapan juri dan penonton dengan menyampaikan rangkaian lagu rock yang dipopularkan Search serta Bunkface, Isabella dan Revolusi, manakala bagi segmen duet pula dia telah menyanyikan lagu Senja Nan Merah bersama Mus May.

Selain itu penonton turut dihiburkan dengan kemunculan Jaclyn Victor yang membawa lagu tema, Gemuruh, dan lagu popular Bunkface, Situasi.

Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti juga didatangkan khas bagi menyerikan acara dengan menyampaikan lagu Aku Wanita Biasa, dan berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Amarah petikan dari album CTKD. Siti turut muncul menyanyikan lagu Cinta Ini.

Pertandingan akhir diadili komposer Azmeer sebagai juri tetap, manakala Faizal Maas (Ajai) dan Mas Idayu pula hadir sebagai juri jemputan. Format pemarkahan untuk konsert akhir My Starz LG musim ketiga menyaksikan 50 peratus diberikan juri profesional, manakala 50 peratus lagi daripada undian penonton.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan