Prince Janji Teruskan Semangat MJ Sebarkan Cinta

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRINCE Michael Jackson hadir bersama adiknya Paris Jackson bagi menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup dalam Anugerah Grammy ke-52 pada 31 Januari lalu di di Staples Center, Los Angeles mewakili bapanya, Raja Pop Michael Jackson yang meraih penghargaan tersebut.

Sebelum penghargaan diserahkan, Michael muncul dalam versi 3D di mana suara Michael yang sudah dirakamkan untuk konsert comeback This Is It berkumandang.

Celine Dion, Usher, Smokey Robinson, Carrie Underwood dan Jennifer Hudson turut bekerjasama dalam rakaman itu dengan membawakan lagu Earth Song.

Kemunculan mereka mendapat tepukan yang tiada henti sehingga Lionel Richie memanggil kedua anak Michael untuk menerima penghargaan tersebut yang turut disiarkan secara langsung di StarWorld.

Prince yang mengenakan kemeja hitam menerima penghargaan itu dan memberikan ucapan terima kasihnya kepada banyak pihak yang telah membantu ayahnya.

"Ayah berpesan untuk menyampaikan cinta dan kami akan meneruskan semangatnya menyebar cinta," ujar Prince.

Berbeza dengan Prince, Paris hanya memberikan ucapan ringkas untuk trofi tersebut. Paris yang juga mengenakan pakaian berwarna hitam dan bercermin mata menahan nafasnya agar tidak mengeluarkan air mata.

"I love you daddy," akhiri Paris. Sementara itu anak lelaki bongsu Michael, Blanket tidak kelihatan di majlis berprestij itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan