Show Saya Macam Filem Hindustan - Dee

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dee seorang yang pemaaf. Dia tidak pernah berdendam dengan sesiapa pun yang menghinanya selama ini
Dee seorang yang pemaaf. Dia tidak pernah berdendam dengan sesiapa pun yang menghinanya selama ini

PENGACARA dan pelawak popular Dee tidak pernah ambil pusing cemuhan orang ramai terhadap dirinya.

Walaupun banyak hinaan dan sindiran yang dipostkan di beberapa laman web, Dee sebolehnya ambil sikap let it be.

"Biarlah apa orang nak kata. Saya maafkan orang-orang yang hina saya, nanti kalau mati susah pula...," kata Dee dalam nada bersahaja ketika dihubungi mStar Online.

Cacian yang dilemparkan boleh membuat sesiapa saja makan hati tapi Dee seorang yang pemaaf kerana dia sedar sebagai artis, kehidupannya tidak boleh terlepas dari perhatian orang ramai.

"Nak kata, katalah. Bukannya saya tak tahu ramai yang kata saya pondanlah, bapoklah, orang tua tak sedar diri," jelas selebriti yang mula dikenali dalam program TV 'Jangan Ketawa' 10 tahun yang lalu.

Gandingan nama 'Dee & Moon' juga meniti di bibir peminat-peminat siri komedi popular itu. Tapi itu smeuanya bagai satu lipatan sejarah. Kini, Dee lebih senang bergerak sendiri sebagai pengacara.

Bagi Dee berpakaian seperti wanita hanyalah hiburan semata-mata dan caranya untuk mencari makan dalam dunia hiburan.

"Lepas saja show, saya balik ke fitrah asal saya iaitu seorang lelaki. Saya buat begini pun adalah kerana permintaan juga...," jelas Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul.

Bagi pelawak berusia 48 tahun ini, permintaan dari badan korporat selalu mahukan dia menjadi pengacara berpakaian wanita.

"Jarang sekali mereka minta saya jadi pengacara berpakaian lelaki. Lawak saya selalu spontan dan ada kalanya mengenakan penonton supaya penonton tidak cepat bosan sebab ada audience participation," kata Dee yang mempunyai personaliti yang begitu disenangi ramai selebriti.

Dee juga mengaku kadang kala dia terpaksa membuat jenaka double meaning tapi semua itu disengajakan untuk memeriahkan suasana.

"Bukan selalu tapi tengok tempatlah. Kalau ada penonton VIP, saya akan cakap beralas. Kalau penonton remaja, lain lah sikit. Apa pun, saya akan tengok situasi dulu sebelum saya bersenda," kata Dee dalam satu perbualan telefon dari kondonya di Ampang.

Dee yang semakin laris di majlis makan malam, Minggu Setiausaha dan majlis korporat, kini bergerak di bawah syarikatnya yang bernama 'Dee Showtime Entertainment'.

Dengan tujuh orang penari pengiring, Dee sudah pun meluaskan persembahannya ke Brunei, Indonesia dan terbaru ke Bangkok.

Dan jika tidak ada aral, Dee akan diundang menjayakan beberapa persembahan di Perth, Australia sebelum bulan Ramadhan tahun ini.

Oleh kerana setiap persembahannya memerlukan Dee berpakaian wanita, dia terpaksa 'berhabisan' sedikit untuk koleksi busananya.

"Dee kalau buat show, macam filem hindustan. Kalau show tu tiga jam, Dee akan salin baju tiga kali supaya orang tak jemu. Selalunya, Dee akan peruntukkan di antara RM5 ribu hingga RM10 ribu untuk semua pakaian show.

"Semua ini adalah pelaburan. Bukan saja lawak perlu diperbaharui dari masa ke semasa tapi pakaian pun kena tukar selalu," jelas Dee.

Menurut Dee, dia langsung tidak menjangka yang bidang pengacaraan akan menjadi kerjayanya satu hari nanti.

"Dee serius dengan setiap persembahan kerana bagi Dee setiap persembahan Minggu Setiausaha misalnya, ia bagai satu audition kerana semua bakal klien saya terdiri dari mereka yang datang tengok show saya itu," kata Dee yang semakin galak diundang untuk minggu setiausaha tujuh tahun kebelakangan ini.

Dee juga masih meminati bidang lakonan cuma masa saja tidak mengizinkan.

"Dalam satu minggu, saya akan ada dua job pengacara dan selalunya di hujung minggu. Lagipun, bidang pengacaraan lebih mudah dan tak banyak hassle berbanding dengan berlakon," kata Dee.

"Bukan tak rindu berlakon. Kalau ada tawaran, saya akan timbangkan sesuai dengan masa dan watak yang diberi," jelas anak bongsu dari tiga beradik ini.

Kata Dee, yang penting setiap langkahnya dalam bidnag seni mendapat restu dari kedua ibu bapanya, Syed Shamsul Baharun, 86, dan ibu tersayang, Sharifah Noor Al-Hady, 84.

"Selagi mak dan ayah saya izinkan, saya akan teruskan mengacara ikut cara saya.

"Lagipun mereka tahu, ini hanya satu profesion," kata Dee.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan