Paige Minta Maaf Pada Boyle Kerana Memanggilnya 'Virus'

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Elaine Paige meminta maaf kepada bintang 'Britain's Got Talent' Susan Boyle kerana menggelarnya'virus'.

Paige telah memanggil Boyle sebagai "virus yang telah merebak ke seluruh dunia dalam sekelip mata.'

Paige juga membuat andaian yang penyanyi kelahiran Scotland berusia 48 tahun itu belum layak mendapat tempat di industri hiburan dan membuat jalan pintas tanpa bekerja kuat dan mempunyai pengalaman."

Tapi kini, Paige berkata dia tidak berniat untuk menyakiti hati Susan kerana dia adalah peminat setia Susan.

"Saya tidak bermaksud memangil Susan sebagai 'virus' itu. Apa yang saya maksudkan ialah kemasyurannya yang tersebar meluas bak satu kempen dan pemasaran viral yang berkesan," kata Paige seperti yang dilaporkan The Daily Express.

"Saya penyokong tegar Susan dan saya bangga dengan apa yang diperolehinya hari ini.

"Sukar bagi orang lain mengecapi kejayaan dalam masa sesingkat Susan. Perkara yang sama berlaku kepada saya ketika pembukaan muzikal Evita di mana saya terlibat.

"Hari ini, dengan adanya fenomena internet seperti Facebook, YouTube dan lain-lain, begitu mudah sekali kita dapat kecapi kemasyuran. Sebab itulah saya gunakan perkataan 'virus', kata Paige.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan