Guy Ritchie Tolak Lobo, Ingin Fokus Sekuel Sherlock Holmes - Berita Hiburan | mStar

Guy Ritchie Tolak Lobo, Ingin Fokus Sekuel Sherlock Holmes

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Guy ingin utamakan sambungan Sherlock Holmes setelah filem itu mendapat pujian melambung baru-baru ini
Guy ingin utamakan sambungan Sherlock Holmes setelah filem itu mendapat pujian melambung baru-baru ini

BEKAS suami Madonna, Guy Ritchie telah menarik diri dari film Lobo, dan memilih untuk fokus menyiapkan filem sekuel Sherlock Holmes.

Lobo adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada karektor Komik DC terbaru yang ingin difilemkan seperti filem Batman dan Superman.

Sebelum ini, Guy yang kini diraikan kerana kejayaan filem arahannya Sherlock Holmes, diberitakan akan mengarah Lobo.

Namun sekarang, Guy berubah fikiran dan ingin utamakan sambungan Sherlock Holmes setelah filem itu mendapat pujian melambung baru-baru ini.

Memetik kenyataan produser Joel Silver kepada Los Angeles Times, "Saya tidak fikir Guy akan mengarahkan filem Lobo sekarang. Studio ingin saya dan Guy fokus pada Sherlock Holmes lain. Jadi itu yang seharusnya kita lakukan."

Sherlock Holmes yang dibintangi Robert Downey Jr dan Jude Law di masa ini menduduki tempat kedua di box office di Britain.

Sementara di dunia, filem itu berhasil meraut US$389 juta, ditambah pula dengan prestasi mengagumkan Robert yang meraih Golden Globe sebagai aktor terbaik.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan