Victoria Beckham Ditawar US$ 40 Juta Untuk Reka Hias Hotel

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS memberi sentuhan istimewa kepada beberapa rekaan, bintang dan pereka fesyen Victoria Beckham ditawarkan membuat dekorasi dan hiasan sebuah hotel.

Victoria telah dibayar sebanyak US$ 40 juta untuk menjalankan tugas barunya.

Bekas penyanyi Spice Girls telah dirisik oleh orang atasan untuk menyalurkan bakatnya kepada projek pengubahsuaian hotel tersebut.

Tawaran itu dibuat semasa Victoria, 35, dan suaminya, David Beckham, 34, sedang berlibur di perairan Gulf.

Hotel itu terletak di sebuah kepulauan bernama Isla Moda, di Dubai.

Menurut satu sumber, tawaran yang diberikan kepada Victoria amat lumayan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Saya dapat tahu yang Victoria begitu tergamam setelah mendapat tawaran ini," kata sumber itu.

Namun, Victoria belum membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Jika Victoria menerima tawaran itu, ini bermakna dia akan bekerja dengan Karl Lagerfeld.

Jurucakap Victoria berkata, "Victoria senantiasa cuba mencari jalan untuk mengembangkan bisnesnya. Tapi sekarang, dia lebih berminat menumpukan perhatian untuk New York Fashion week.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan