Bibah Songket Ambil Masa 6 Bulan Untuk Baju Pengantin Sheikh Muszaphar

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIBAH Songket, jenama unggul yang menghasilkan songket tenun eksklusif dari Terengganu, bersetuju menaja busana pakaian persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan tunangnya Dr Halina Mohd Yunos, yang bakal berlangsung pada 10 Oktober ini.

Pengasas Bibah Songket, Habibah Zikri dari Habibah Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang menghasilkan songket tenun eksklusif ini, pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara 2007.

Menurut eksekutif pemasarannya Sabrena Shamsul, songket yang akan dihasilkan itu akan mengikut citarasa dan konsep bertemakan 'Istana Kayangan' seperti yang telah ditetapkan oleh Sheikh Muszaphar dan perunding perkahwinan, Bill Bora.

Menurut eksekutif pemasarannya Sabrena Shamsul, corak dan rekaan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

"Ibu saya akan turun dari Terengganu dua minggu lagi untuk mengadakan perbincangan selanjutnya dengan pihak Datuk dan Datuk sendiri.

"Kami sudah mengadakan perbincangan awal dan besar kemungkinan warna-warna perak, emas, unggu dan merah pulasan akan digunakan pada motif yang berkisar pada bulan, bintang dan cekerawala bagi menepati tema yang diminta," kata Sabrena yang menguruskan Kedai 'Bibah Songket' di Wangsa Maju.

Jelas beliau lagi, Sheikh Muszaphar bersetuju menggunakan rekabentuk yang moden serta motif bercirikan tradisional.

Masa yang diperuntukkan untuk busana songket ini adalah 6 bulan dan ianya akan ditenun di bengkel 'Bibah Songket' di Rusila, Marang.

"Untuk menghasilkan sepersalinan busana songket untuk seorang saja akan memakan masa 3 bulan. Kami jangkakan busana khas ini dapat dihasilkan dalam jangka masa 6 bulan," kata Sabrena yang enggan mengulas anggaran harga pakaian pentantin itu.

"Memang mahal tapi kami tidak mahu memberitahu berapa harga sebenar sepasang busana songket itu," kata gadis berusia 30 tahun itu.

Ketika ditanya Bill Bora, bagaimana persiapan perkahwinan 'bos'nya, Bill hanya memberitahu, "saya ada banyak berita gembira tapi belum masa untuk dihebahkan setakat ini."

"Banyak penaja yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadikan acara ini sesuatu yang cukup istimewa dalam lipatan sejarah.

"Namun kami terpaksa membuat pilihan yang tepat terutama soal penginapan dan lokasi acara tersebut.

"Banyak faktor harus diambil kira seperti protokal dan sekuriti kerana acara ini melibatkan 100 astronut dari luar negara, VIP, ahli-ahli politik, jemputan DiRaja dan ramai tokoh korporat. Jadi kami tidak boleh mengambil risiko," kata Bill yang juga seorang publisis.

Bill bukan saja bertindak sebagai pengurus dan perancang perkahwinan gilang gemilang ini tapi beliau juga bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti.

Tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

"Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri," jelas Bill, yang menganggap majlis ini bakal menjadi ‘Wedding Of The Decade’.

Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu, telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Perkahwinan Sheikh Muszaphar juga bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan Association of Space Explorers pada 3 hingga 10 Oktober ini. Persidangan yang dianjurkan setiap tahun itu pertama kali diadakan di Malaysia dan merupakan negara Asia kedua selepas Jepun pada tahun 1990.

Peluang ini diambil bagi menunjukkan kepada tetamu dari luar negara tentang adat kebudayaan Melayu di Malaysia.

Dr. Sheikh Muszaphar dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan persandingannya pula pada sebelah malamnya.

Untuk menunjukkan Sheikh Muszaphar sebagai anak Melayu

pertama ke angkasa lepas, beliau akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan Melayu lama.

Kata Bill lagi, persembahan Istana Kayangan pula melambangkan angkasa lepas, bulan dan bintang. Pasangan mempelai pastinya bagai seorang pahlawan Melayu mengahwini puteri dari kayangan.

Banyak lagi unsur-unsur yang akan diselitkan dari segi pemakanan, persembahan artis dan instrumen muzik.

Bill masih mencari unsur-unsur lain bagi mencantikan lagi majlis ini. Setakat ini semua perancangan dan idea Bill

telah dipersetujui oleh Dr. Sheikh Muszaphar, tapi ia masih lagi diperingkat awal.

Lokasi majlis Kongres Angkasawan juga masih dalam perbincangan. Tempat tersebut perlu diadakan berhampiran dengan tempat berlangsungnya kongres Angkasawan bagi memudahkan para jemputan datang.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan