Ogy: Saya Bukan Garang Tapi Tegas!

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ogy masih meneruskan kerjayanya sebagai anak seni. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Ogy masih meneruskan kerjayanya sebagai anak seni. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

SUARA lantangnya ketika menjadi juri rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia (AF) membuatkan ramai pelajarnya 'kecut perut'.

Aktres Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud, yang lahir dalam keluarga seni adalah satu-satunya anak pasangan seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah Baharom, yang sarat dengan bakat nyanyian, lakonan, pengarahan dan pengacaran.

Tidak hairanlah jika lakonan dan nyanyiannya menjadi sebutan penggiat seni hingga ke hari ini.

Aktres terkenal ini sememangnya aktif dalam persada seni negara walaupun berita mengenainya semakin sepi sejak kebelakangan ini.

Ketika ditmuramah oleh mStar Online kelmarin, primadona filem Melayu yang genap 47 tahun ini, banyak membicarakan mengenai kerjaya seninya ketika dia masih muda remaja.

"Banyak perkara yang akak belajar untuk menjadi seorang pelakon sejak dari dulu lagi," katanya selepas majlis 'Sesi Ramah Mesra Bersama Barisan Pelakon Drama Bersiri Ejen 008' di Restoran Rebung, Bangsar.

Ogy mengakui dirinya seorang yang tegas dan profesional ketika melakukan kerjanya kerana dia mementingkan kesempurnaan.

"Saya bukannya seorang yang garang, tapi saya tegas ketika melakukan kerja kerana saya mahukan kesempurnaan.

Selain itu, Ogy turut memberitahu, kebanyakan generasi pelakon muda kini tidak tahu berdikari.

"Saya tidak tahu kenapa pelajar-pelajar ini tidak boleh mengaplikasikan pembelajaran mereka semasa latihan untuk sesebuah persembahan.

Pelakon yang popular dengan filem Azura ini turut berkongsi pengalamannya ketika di era kegemilangannya, di mana pelakon akan dipertanggungjawabkan untuk mekap dan menjaga kontinuiti sendiri tanpa ada orang yang menjaga bahagian tersebut.

"Pelakon zaman sekarang beruntung kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon tanpa memikirkan bahagian lain. Masa kami dulu, mekap pun buat sendiri dan konti juga kena jaga," jelas Ogy.

Dalam perkembangan lain, Ogy memberitahu projek terbarunya adalah sebagai pengarah muzikal untuk persembahan Amy Search yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada Mac depan.

Pengacara rancangan 'Ogy dan Salih' ini turut memberitahu, projeknya itu masih lagi dalam perancangan kerana ia bakal menampilkan Amy dengan persembahan muzikal dan selitan monolog.

"Saya masih berbincang dan sedang mencari orang yang sesuai untuk menjayakan monolog persembahan itu," kata Ogy.

Ditanya mengenai anak angkatnya Nur Aishah Aminah, Ogy memberitahu anaknya kini berumur dua tahun dua bulan dan cukup aktif. Aishah, katanya, berminat dengan rancangan nyanyian dan tarian di televisyen.

"Anak saya ni 'hyperactive' dan suka dengan tarian dan nyanyian," ujarnya sambil ketawa.

Ogy yang kelihatan bimbang dengan minat anak angkatnya itu memberitahu hasratnya untuk mendidik anaknya itu menjadi seorang doktor.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan