Kes Khalwat Ako Ditangguh 31 Mac

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ako Mustapha. - Foto THE STAR Oleh MOHAMMAD IZZAT
Ako Mustapha. - Foto THE STAR Oleh MOHAMMAD IZZAT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini menetapkan tarikh 31 Mac untuk Ako Mustapha menjawab hujahan balas pegawai pendakwa terhadap rayuan yang difailkannya pada 2 Disember lalu.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad telah menetapkan tarikh tersebut bagi Ako yang diwakili peguam Akbardin Abdul Kadir menjawab hujahan balas dari pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md Yusoff.

"Kita telah mendengar hujahan balas dari pihak pendakwa dan hakim telah pun menetapkan tarikh tersebut untuk pihak kita memberi jawapan," ujar Akbardin ketika dihubungi mStar Online.

Sementara itu, Ako yang ditemui di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen terhadap perkara itu.

Ako Mustapha atau nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha, 38,telah membuat rayuan terhadap hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, dua tahun lalu.

Pelakon drama itu turut mengakui jika dia dikenakan tindakan penjara akan menyukarkan untuk menyara isterinya yang kini sarat mengandung.

Ako yang memakai kemeja biru cair dan seluar hitam kelihatan tenang semasa prosiding berlangsung.

Ako sebagai perayu diwakili peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Md. Yusof.

Pada 21 April lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman itu terhadap Ako yang mengaku salah berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam.

Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan