Imej 'Rock Kapak' Avidity Paling Mantap Di Twisties Bingit Musim Kedua

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Avidity yang terkenal dengan imej ‘rock kapak’ menyampaikan tiga buah lagu iaitu “Mentari Merah Di ufuk Timur” dari kumpulan rock lagenda Search, “Hukum Karma” daripada Wings dan “Kasihnya Laila” dari kumpulan Jinbara
Avidity yang terkenal dengan imej ‘rock kapak’ menyampaikan tiga buah lagu iaitu “Mentari Merah Di ufuk Timur” dari kumpulan rock lagenda Search, “Hukum Karma” daripada Wings dan “Kasihnya Laila” dari kumpulan Jinbara

PERSEMBAHAN Avidity disifatkan oleh juri sebagai paling mantap di acara Twisties Bingit yang mencapai ke kemuncaknya minggu lepas.

Grand Finals Twisties Bingit telah berlangsung di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya. Pertandingan akhir Twisties Bingit menyaksikan empat buah band berentap untuk merebut tempat sebagai juara dan sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM 80, 000 termasuk wang tunai RM 20, 000.

Avidity yang terkenal dengan imej ‘rock kapak’ menyampaikan tiga buah lagu iaitu “Mentari Merah Di ufuk Timur” dari kumpulan rock lagenda Search, “Hukum Karma” daripada Wings dan “Kasihnya Laila” dari kumpulan Jinbara.

Kumpulan ini juga turut diberi peluang untuk beraksi di pentas Rock The World 9 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Juara Twisties Bingit membawa pulang hadiah berjumlah RM80,000 iaitu kontrak rakaman bersama syarikat rakaman Monkeybone bernilai RM60,000 dan hadiah wang tunai bernilai RM20,000.

Band kegemaran ramai Rocket Planet terpaksa berpuas hati apabila muncul sebagai naib juara Twisties Bingit.. Mereka menbawakan lagu “Mr. Bright Side” (The Killers), “Haruka Nakata” (lagu tema Naruto) dan “Beat It” (Micheal Jackson).

“Sebagai sebuah band, saya berpuas hati tetapi saya kecewa dengan kesalahan yang dibuat oleh vokalis anda. Hafiz, anda perlu lebih bersedia” komen Edrie Hashim selaku juri tetap Twisties Bingit .

“Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan persembahan kamu hari ini. Biasa sahaja tetapi yang paling mengecewakan adalah pemain dram kamu yang tidak konsisten,” komen penyanyi rock terkenal Hattan.

Rocket Planet pulang sebagai naib juara Twisties Bingit dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10, 000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh band Floor 88 yang menghiburkan penonton dengan lagu “Bencinta” (Faizal Tahir), “Check Yes Juliet” (We Are Kings) dan “Basket Case” (Green Day). Floor 88 membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6, 000.

The Musicians pula memenangi tempat keempat dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM2,000. Mereka membawakan lagu “Sesalanku” (Ezlynn), “Sunday Morning” (No Doubt) dan “Bring Me To Life” (Evanescene).

Para juri yang diberi tanggungjawab untuk memilih juara Twisties Bingit ialah pemuzik dan composer terkenal Edrie Hashim, Edris Adrian (Monkeybone Records), penyanyi terkenal Hattan dan Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar sebagai juri jemputan.

Juara Twisties Bingit musim pertama - Modread turut memeriahkan majlis sebagai pembuka tirai yang menyanyikan lagu popular mereka “Neewruza Ozawa” dan “Pendrama”. Mereka juga menyanyikan semula lagu “Fanatik” (KRU) dengan sususan muzik yang baru.

Selain Modread, kumpulan The Times dan Couple juga muncul sebagai penyanyi jemputan untuk menghiburkan peminat. Tidak ketinggalan kumpulan Pesawat yang menghiburkan peminat dengan lagu “Mirage”, “Excuse Me” dan “Bingit” (lagu tema Twisties Bingit).

Twisties Bingit, merupakan sebuah program realiti hasil terbitan bersama Twisties dan 8TV. Program ini diterbitkan untuk mencari pemuzik-pemuzik hebat untuk disatukan di dalam sebuah band dan memulakan siaran setiap Jumaat, jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009 yang lalu.

Usaha 8TV yang sentiasa mencari bakat-bakat muda yang kreatif sejak lima tahun yang lepas memang tidak boleh disangkal. Program ini sememangnya menjadi sebuah program yang paling diminati oleh pemuzik-pemuzik bebas untuk menunjukkan bakat-bakat mereka.

“Semasa kita memperkenalkan program ini pada tahun 2008, sasaran kami adalah untuk mencari pemuzik terhebat sebagai pelapis band-band yang sedia ada sekaligus dapat menyemarakkan industri muzik Malaysia. Juara Twisties Bingit musim pertama, Modread berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan band-band yang sedia ada,” ujar Lam Swee Kim, 8TV, Pengurus Besar 8TV.

Personaliti TV dan bekas pemain dram kumpulan indie terkenal OAG iaitu Qi Razali (popular dengan program “Destinasi Bajet” dan “Field Trip to USA”) telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program Twisties Bingit ini.

Sesi ujibakat pencarian pemuzik-pemuzik hebat ini telah bermula di Penang dan Johor Bahru dan diikuti di beberapa lokasi lain iaitu Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan tahun ini penyertaan dari orang ramai meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lepas!

Sebanyak lapan episod Twisties Bingit ditayangkan melalui stesen hip 8TV bermula 11 Disember 2009 lalu dan kemuncak malam `Ultimate Gig’ yang membawa Avidity meraih gelaran juara akan anda dapat saksikan di kaca TV pada 29 Januari 2010 (Jumaat, 9.30 malam) ini.

Bagi yang ketinggalan untuk menyaksikan episod-episod yang lalu, anda boleh melayari laman sesawang www.hotfm.com.my atau www.twisties.com.my. Program ini juga boleh disaksikan menerusi saluran 708 di Astro.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan