Empat Tahun Sudah Cukup Menguji Cinta Kami – Didie

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Didie sudah bersedia untuk menempuhi alam rumah tangga. - Foto The Star oleh YAP CHEE HONG
Didie sudah bersedia untuk menempuhi alam rumah tangga. - Foto The Star oleh YAP CHEE HONG

KERJA kahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main, tambahan pula memikirkan pasangan masing-masing diharapkan akan hidup bersama sehingga ke akhir hayat.

Begitulah yang dirasakan oleh penyanyi Syamsul Hirdi Muhid atau lebih dikenali sebagai Didie, 25, yang mengambil tempoh pertunangan selama empat tahun.

Bagi Didie, sepanjang menempuhi dugaan bertunang, secara tidak langsung dia menggunakan peluang empat tahun itu untuk lebih mengenali tunangnya, Allen Nor Azah Musa yang sebaya dengannya.

Didie dan Allen telah berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mula bercinta di awal empat tahun perkenalan mereka.

Cerita Didie, perkenalannya dengan Allen berputik selepas keluarganya berpindah di sebelah rumah wanita itu.

“Kiranya cinta kami ini ibarat ‘cinta sebelah rumah’ ketika keluarga saya berpindah di Kampung Pasir Putih dan waktu itu saya memang tidak mempunyai ramai kawan melainkan dia..,” beritahu Didie yang mula terasa debaran memandangkan mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Februari ini di Pasir Gudang, Johor Baru, Johor.

Selepas dinikahkan, pasangan ini akan disandingkan di rumah pengantin perempuan di tempat yang sama pada keesokan harinya, 7 Februari.

Didie akan memberikan tujuh dulang hantaran kepada Allen seperti cek wang hantaran sebanyak RM10,000, beg tangan, alat solek, wangian, gelang tangan emas, tepak sirih dan kek dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Antaranya adalah komputer riba, wangian, baju Melayu, tali pinggang, dompet, kek dan sirih junjung.

Sementara majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan ditetapkan kemudian yang dilangsungkan di Kuala Lumpur dengan tema ‘perkahwinan dalam taman’.

Menurut Didie, dia mempunyai alasan apabila mengambil masa yang lama untuk menamatkan zaman solonya.

“Saya rasa sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami setelah merasakan tempoh pertunangan dan percintaan dengan Allen sudah cukup matang dan masing-masing sudah saling memahami dan mengenali antara satu sama lain.

“Kami dapat memperbaiki diri untuk menjadi satu team dalam rumah yang memerlukan kami saling bertolak ansur.

“Kami juga terpaksa mengambil masa empat tahun atas sebab kerjaya masing-masing. Saya perlu ambil masa untuk kembangkan kerjaya manakala dia bekerja di sebuah syarikat swasta.

“Dalam masa yang sama, saya juga sudah bersedia dari segi kewangan dan inilah masanya. Jadi, buat apa saya perlu tunggu lagi,” jelas Didie dalam satu temubual di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Didie juga sempat meluahkan perasaan leganya apabila mereka akan bersatu dalam beberapa minggu lagi.

“Saya harap ramai peminat di luar sana termasuk yang memberikan komen di FaceBook untuk mendoakan yang terbaik,” luahnya.

Tambah Didie, pekahwinan yang akan dibuat secara gotong-royong mengikut stail orang kampung.

Dalam seronok bercerita tentang majlis perkahwinannya, Didie turut menambah tentang arwah bapanya, Muhid Liman yang meninggal pada bulan September lalu akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.

“Arwah abah saya sudah tempah khemah kahwin tanpa pengetahuan keluarga sebelum dia meninggal. Jadi, kami bersetuju menggunakan dua buah khemah yang ditempah itu untuk saudara-mara menjamu selera,” beritahunya mengenai majlis yang akan dihadiri oleh 1,500 tetamu itu.

Menyentuh tentang karier seninya, Didie berkata dia akan terlibat dengan Konsert Hot FM Big Jam pada 6 Mac depan.

Penyanyi yang sedang popular dengan single terbarunya iaitu Lelaki Atas Awan ini juga sedang mengumpul material album keduanya selain mendapat tawaran berlakon sebuah filem seram.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan