Zizie Tak Kisah 'Gambar Mesra' Dengan Bung Tersebar Di Internet

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Gambar mesra' Zizie dan suami, Bung yang tersebar di sebuah blog, semalam.
'Gambar mesra' Zizie dan suami, Bung yang tersebar di sebuah blog, semalam.

PASANGAN yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran 'perkahwinan rahsia' sekitar penghujung tahun lalu, Zizie Ezette dan suami, Datuk Bung Mokthar Radin, sekali lagi menarik perhatian umum apabila 'gambar mesra' mereka tersebar di Internet, baru-baru ini.

'Gambar mesra' Zizie dan Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu dipaparkan di sebuah laman blog pada hari ini (semalam).

Justeru, mStar Online terpanggil untuk menghubungi empunya diri bagi mendapatkan pandangannya berhubung isu itu.

Sebaik diajukan pertanyaan, Zizie sedikit terkejut, namun telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab setiap pertanyaan.

Menurut Zizie, dia sama sekali tidak menyedari tentang isu tersebut. Dalam nada kebingungan, Zizie kedengaran begitu teruja untuk mengenalpasti ciri-ciri gambar yang dimaksudkan.

Sambil mengakui perkara itu berlaku di luar kawalannya, Zizie bagaimanapun lebih selesa mengambil sikap tidak kisah.

"Saya betul-betul tidak tahu mengenai penyebaran gambar itu dan tidak pasti gambar yang mana.

"Saya dan suami memang tidak pernah halang atau larang mana-mana individu untuk bergambar bersama atau mengambil gambar kami seandainya terserempak di mana-mana.

"Kami menjalani kehidupan seperti biasa. Kami bebas bergerak ke sana sini tanpa perlu bersembunyi atau sorokkan apa-apa.

'Cerita perkahwinan kami sudah diketahui umum dan tiada apa hendak sorok pun," katanya.

Tambah Zizie, dia juga tidak kisah sekali pun 'gambar mesra' itu tersebar tanpa pengetahuannya. Padanya, mungkin gambar itu diambil oleh peminat ketika mereka berada di tempat awam atau menghadiri majlis.

"Gambar itu tersebar tanpa pengetahuan atau izin saya atau suami. Mungkin gambar itu diambil oleh peminat atau orang awam. Tapi saya tidak kisah. Tiada apa yang hendak disorokkan lagi.

"Kami sudah menjadi suami isteri yang sah. Pada saya tiada apa yang perlu disorokkan lagi. Malah, kami sama sekali tidak pernah berselindung mengenai perkahwinan ini," ujarnya.

Ditanya bilakah dia dan Bung bersedia untuk berkongsi gambar-gambar mereka secara rasmi dengan pihak media, Zizie berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan khalayak buat masa ini.

Namun, Zizie juga tidak menlak kemungkinan akan berkongsi cerita kebahagiaan mereka di masa akan datang.

"Buat masa ini, saya minta maaf sangat sebab masih tidak dapat kongsi gambar-gambar atau cerita perkahwinan kami dengan lebih mendalam.

"Harap semua pihak faham kami perlu menjaga hati banyak pihak.

"Bagaimanapun, di satu masa terbaik, saya tidak menolak kemungkinan untuk kami berkongsi perkara ini kepada umum. Tunggulah nanti," ujarnya mengakhiri perbualan.

Ketika diusik dengan pertanyaan bilakah mereka akan berbulan madu, Zizie berkata, dia tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan kedua-duanya sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Zizie yang enggan memaklumkan mengenai butiran lanjut pernikahan mereka termasuklah tarikh nikah, bagaimanapun mengakui dia dan Bung kini sedang bahagia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan