Wili Raja Lawak 4 Rela Dibayar RM100

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wili tersingkir di minggu keempat Raja Lawak musim keempat. -Foto The Star oleh KEVIN TAN
Wili tersingkir di minggu keempat Raja Lawak musim keempat. -Foto The Star oleh KEVIN TAN

TERSINGKIR dari program Raja Lawak musim keempat tidak bermakna tertutupnya laluan kumpulan Wili untuk mengejar cita-cita mereka dalam industri seni ini.

Sebaliknya, ‘peluang mereka tidak berakhir di sini tetapi merupakan permulaan’seperti kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Dia juga sama sekali tidak menyangkakan Wili yang tersenarai antara lima teratas pilihan juri terkeluar pada minggu keempat.

Sementara itu, Wili yang dianggotai oleh Ismawira Bahdun (Wira) dan Mohammad Ali Maula Ahmad (Ali Black) itu berkata mereka nekad akan meneruskan kerja dalam industri ini walaupun hanya dibayar RM100.

“Perjuangan kami tidak berakhir di sini kerana program Raja Lawak ini menjadi platform kami untuk maju ke depan lagi.

“Kami akan mencari kerja dalam bidang seni ini walaupun hanya mendapat RM100,” kata Wira, 22, dalam satu sidang media di Astro, Bukit Jalil kelmarin.

Ali pula menambah dalam nada merendah diri: “Walaupun kulit saya gelap, saya nak buktikan yang saya bukannya tidak berguna dan boleh berjaya seperti orang lain.”

Sebelum menyertai program realiti yang pernah menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara pada tahun lalu ini, Ali pernah bekerja sebagai operator kilang dan kini menganggur manakala Wira berniaga secara kecil-kecilan.

Walaupun kedua-duanya nampak sugul dan hampa setelah gagal menempatkan diri ke minggu seterusnya, Wili tetap berpuas hati kerana mereka mereka keluar bermaruah.

“Kami rasa bangga dan seronok kerana Wili keluar setelah melakukan persembahan yang bagus dan meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kami juga gembira kerana mampu membuat orang ketawa. Mungkin bukan rezeki kami untuk kekal dalam program ini,” luah Wira yang berasal dari Kuala Lumpur manakala Ali dari Perak.

Namun mereka akui, mungkin penonton tidak mengundi mereka setelah menonton persembahan minggu ketiga dengan tema ‘Tabiat Rakyat Malaysia’ yang mereka anggap tidak sempurna.

Sepanjang empat minggu bertahan dalam Raja Lawak, Wili berkata mereka masih ingat nasihat yang diberikan oleh salah seorang juri mereka iaitu pelakon, pengarah dan produser Afdlin Shauki.

“Afdlin berkongsi dengan kami mengenai teknik untuk membuat lawak yang paling cantik.

“Dia juga berkata kepada saya kulit gelap tak semestinya tidak boleh menjadi pelawak dengan menulis dalam kertas kata-kata ‘gelap itu indah’ dan memberikan kepada saya,” ujar Ali.

Menurut Nizam, selain Wili empat peserta yang turut tersenarai dalam lima pilihan juri adalah Alex, Idlan, Mamu dan Kecik.

Dia juga mengumumkan markah tiga peserta teratas yang diungguli oleh Kecik (22.9 peratus), Idlan (18.8 peratus) dan Alex (16.4 peratus) manakala tiga peserta tercorot adalah Caca (8.3 peratus), AN2 (5.7 peratus) termasuk Wili (5.5 peratus).

Nizam sekali lagi menegaskan yang Astro akan cuba tidak menghampakan harapan Wili dan peserta Raja Lawak yang lain untuk meneruskan kerjaya seni mereka sekiranya betul-betul berbakat.

Sambil tersenyum, Nizam berkata: “Kalau nak berlakon telefilem dan drama, cari saya…tetapi kalau nak berlakon filem, cari Afdlin…”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan