Mila Sudah Mula Penat Berlakon, Ingin Tumpu Album Baru

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mila ketika beraksi di Suria FM Rancak Tour: Mydin MITC Melaka. -foto Suriafm
Mila ketika beraksi di Suria FM Rancak Tour: Mydin MITC Melaka. -foto Suriafm

BERBEKALKAN pengalaman di pentas rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia lima (AF5), Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin kini semakin yakin melangkah dalam dunia lakonan.

Lagu-lagu nyanyiannya yang kini hangat diputarkan di corong-corong radio membuatkan nama penyanyi ini semakin menjadi bualan peminat muzik tanah air.

Penyanyi yang berasal dari Pulau Mutiara ini yang baru sahaja selesai proses penggambaran filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie arahan Osman Ali menyuarakan hasratnya untuk berehat sementara waktu dalam bidang lakonan.

"Buat masa ni saya mahu tumpukan dalam bidang nyanyian dahulu. Lagipun album kedua akan menemui peminat pada pertengahan tahun ini," katanya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour di Mydin MITC Melaka.

Ketika ditanya tawaran berlakon untuk filem dan drama, Mila mengakui masih lagi menerima tawaran, tetapi dia tekad untuk berehat sementara waktu dari dunia lakonan.

Selain itu, Mila mengakui berlakon adalah lebih susah jika dibandingkan dengan bidang nyanyian.

Dalam pada itu, Mila memberitahu dia masih berminat untuk berlakon jika diberi peluang pada masa hadapan.

"Bagi saya, berlakon lagi susah dari menyanyi kerana memerlukan penghayatan watak dan prosesnya turut memakan masa.

"Saya tetap berminat dalam bidang lakonan, tetapi banyak benda yang saya kena belajar lagi," jelas Mila.

Dalam perkembangan lain, Mila yang bakal tampil dengan album terbarunya yang memuatkan lima buah lagu pada pertengahan tahun ini, memberitahu pihak Astro Entertainment dan syarikat miliknya Luvmila Corporation masih lagi dalam proses perbincangan. Menariknya album kedua ini, Mila akan terlibat dalam proses pembikinan albumnya untuk menentukan lagu-lagu yang sesuai dengan jiwanya.

Antara penulis dan komposer yang bakal bekerjasama untuk album kedua Mila ini adalah Aidit Alfian dan Ad Samad.

Mila juga turut menyuarakan hasratnya untuk melebarkan perniagaan dalam bidang makanan.

Tak sangka gadis kecil molek ini menyimpan impian untuk menjadi tauke restoran satu hari nanti.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan