Hathaway Tak Tertekan Untuk Jadi Langsing

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Anne Hathaway, merupakan salah seorang aktres berukuran tubuh agak lebar di Hollywood. Namun, Anne tidak mahu tertekan untuk menjadi langsing.

Menurut Anne, dia memang suka berdandan untuk acara-acara penghargaan yang megah di karpet merah. Namun, dia selalu ingatkan pereka fesyen bahawa tubuhnya tidak langsing.

"Jika pereka fesyen ingin mereka fesyen pakaian saya, saya selalu beritahu mereka yang tubuh saya termasuk dalam kategori lebar menurut ukuran Hollywood.

"Jadi, mereka harus tak ada masalah dengan itu. Selalunya, pereka fesyen akan menjahit sesuai untuk ukuran tubuh seorang model yang langsing," kata Anne.

Anne yang berusia 27 tahun, mengenakan busana dengan ukuran Amerika 4 hingga 6. Selama ini, Anne selalu merasa gembira dengan tubuhnya.

Kini, dia memutuskan tidak akan tertekan oleh Hollywood untuk menurunkan berat badan dan tampak sempurna.

"Saya sudah berhenti berjuang demi kesempurnaan. Itu sebuah konsep yang bagi saya, sudah tidak penting lagi. Setiap orang ingin kelihatan cantik dalam foto.

"Tapi bagi saya, dari situlah datang tekanan. Berbahagialah dan jadilah diri anda sendiri," kata Anne.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan