Nidji Peraga Batik Indonesia Semasa Konsert di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAND dari Indonesia Nidji akan mengadakan sebuah konsert di Malaysia pada 27 Januari ini. Ketika mengadakan persembahan di hadapan peminatnya di sini, vokalisnya, Giring dan kawan-kawan akan memakai pakaian batik buatan Indonesia.

"Nanti kami mahu pakai batik ketika di atas pentas. Bagi kami batik itu kebanggaan Indonesia. Jadi kami sengaja pakai batik di sana," ujar Giring kepada detikhot.com ketika di Pondok Gede, Jakarta Timur, kelmarin.

Bukan bermaksud memprovokasi, Nidji ingin menegaskan bahawa band yang terdiri daripada anak muda serta kebanyakan peminatnya juga dari kalangan anak muda masih memiliki kebanggaan dengan identiti nasionalnya. Konsert di sini sekaligus dalam rangka promosi album ketiga mereka, Let's Play.

Sejak tiga tahun ini Nidji selalu tampil dengan busana batik. Untuk urusan berbusana batik, band yang popular dengan lagu Disco Lazy Time dan Sang Mantan itu mempunyai pereka fesyen sendiri.

"Kami punya pereka khusus. Kami tempah batiknya dari Rumah Batik Wijaya di Bandung. Nama perekanya adalah Ratri. Jadi kami punya konsep dan rekaan sendiri," tutur Giring bangga.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan