Nana Kurang Stres dan Makin Sebati Di XFM

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nana akui kurang stres dan semakin serasi dengan XFM. - Foto oleh YAP CHEE HONG
Nana akui kurang stres dan semakin serasi dengan XFM. - Foto oleh YAP CHEE HONG

BIAR seribu persepsi memalit penyampai radio jelita ini ekoran perpindahannya ke radio XFM sejak dua bulan lalu, namun Nana atau nama sebenar Nurul Hana Che Mahzan, 27, punya pandangan tersendiri.

Tidak dinafikan memang ada yang melihat perpindahan Nana seakan mencantas popularitinya yang sedang melonjak di Era FM.

Biarpun pada awalnya dia tidak menafikan sedikit janggal dengan persekitaran tempat kerja dan tugasan baru, namun masa terus berlalu dan kini Nana semakin sebati dengan XFM.

"Jujurnya saya teruja berada di XFM. Walaupun pada awalnya saya sedikit takut dan bimbang untuk sahut cabaran di tempat baru, namun semakin hari saya semakin serasi dengan pengendalian tugas baru di sini.

"Saya gembira berada di XFM. Ia satu pembaharuan buat diri saya dengan cara penyampaian dan persekitaran yang baru," ujar Nana memulakan bicara.

Diusik dengan pertanyaan tidakkah terdetik rasa terkilan atau ralat dengan perpindahan itu, Nana bertegas, setiap insan perlu berhijrah dari satu tahap ke tahap yang berbeza.

Begitu jua baginya. Nana merasakan mungkin sudah tiba masa buatnya menyahut cabaran di tempat baru pula.

"Mungkin XFM tidak segah nama Era, tetapi di sini saya kurang stres dan segalanya berjalan dengan relaks dan 'sempoi'.

"Saya seronok bekerja di sini dan rasa seperti lebih muda pula. Maklumlah, di sini, majoriti lagu-lagu yang diketengahkan adalah lagu-lagu anak-anak muda hari ini.

"Ia satu tugas baru yang berbeza dengan tugas di konti Era sebelum ini," ujarnya dengan nada ketawa.

Bercerita lanjut mengenai kumpulan pendengar sasaran XFM yang terbatas hanya kepada golongan muda berbanding Era yang melangkaui kumpulan pendengar yang lebih besar, Nana berkata, dia akur dengan kenyataan itu.

Namun dia juga sempat berkongsi maklum balas bahawa ada segelintir pendengar turut mengikutinya di XFM hari ini.

"Memang tidak dinafikan pendengar XFM tidak seramai pendengar Era, tapi sejak saya pindah ke XFM, ada segelintir pendengar turut beralih ke XFM kerana ingin mendengar saya bertugas.

"Malah, ada pendengar yang lebih senior juga mula mengikuti saya di XFM.

"Saya amat teruja dengan respon dan sokongan mereka. Ini satu perkembangan yang menggembirakan.

"Ia bagaikan pendorong semangat untuk saya buat sehabis baik setiap kali bertugas sebenarnya," katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai skop tugasnya di stesen radio yang memartabatkan lagu-lagu anak tempatan, Nana berkata, perpindahannya ke stesen itu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perkembangan karya muzik tempatan.

Sebagai penyampai, dia berbangga kerana dapat merancakkan industri muzik tempatan menerusi lagu-lagu yang diputarkannya setiap kali bertugas.

"Perpindahan saya ke XFM membolehkan saya menyumbang sesuatu kepada industri muzik tanah air.

"Memandangkan piagam stesen hanya memutarkan lagu-lagu anak-anak Malaysia, secara tidak langsung ia dapat membantu kepada perkembangan karya tempatan terutamanya buat penggiat-penggiat baru," jelas Nana.

Nana yang memulakan karier sebagai penyampai di Era sejak 2004 menyifatkan perpindahannya itu sebagai ketentuan daripada Tuhan.

Dia yang enggan menyalahkan mana-mana pihak, jauh sekali untuk menyesali keputusan pengurusan radio AMP, bagaimanapun lebih senang memilih untuk bersikap optimis.

Keutamaannya adalah untuk meningkatkan kualiti kerja dari semasa ke semasa, walau di bawah bumbung mana sekali pun dia berteduh.

"Saya selalu percaya jika kita ikhlas dan komited dengan tugas, insya-Allah, pendengar juga akan senang dengan cara penyampaian kita.

"Jadi, tidak mustahil mereka akan setia mendengar kita walau di stesen mana sekali pun kita bertugas," jelas Nana yang mengendalikan segmen Gitar Hero pada jam 4 petang hingga 8 malam, setiap Isnin hingga Jumaat di XFM.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan