Jessica Simpson Lancarkan Jenama Seluar Jeans

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jessica Simpson dilaporkan telah melancarkan jenama seluar jeansnya sendiri dengan harapan dapat membantu semua gadis agar kelihatan menarik di bahagian punggung.

"Saya seorang pemakai seluar jeans, jadi saya tahu aspek paling utama bagi seorang perempuan dalam pemilihan seluar jeans ialah potongan dan rekaan jeans yang dapat membuatkan bentuk punggung kelihatan lebih menarik," katanya kepada femalefirst.co.uk.

"Saya mendapat ilham ini untuk hasilkan jeans yang bukan sahaja selesa dipakai, malah ia membuatkan si pemakainya menjadikan jeans itu seperti teman baiknya," kata Jessica lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan