Ziana Diintai Berlakon Teater 'Muzikal Gamat'

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Ziana selepas lebih setahun menyepi dari industri hiburan. - Foto Utusan
Wajah terbaru Ziana selepas lebih setahun menyepi dari industri hiburan. - Foto Utusan

TEATER Muzikal Gamat kembali menemui penonton dan khabarnya penerbit Siti Rohayah Attan sedang mengintai pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain untuk turut sama berlakon teater yang akan dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 12 hingga 22 Mac depan.

Menerusi kiriman emel, Siti Rohayah atau mesra disapa Kak Roy ini berkata: “Muzikal Gamat akan dipentaskan semula. Kami sedang mengintai Ziana Zain.”

Ziana akui berminat untuk berlakon teater yang pernah dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.

Namun wanita yang mula aktif dalam industri hiburan pada awal tahun ini setelah lebih setahun menyepi itu berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan lagi mengenai teater yang berkisarkan tentang kehidupan laut itu.

Alasan ibu kepada sepasang bayi kembar ini, dia perlu memastikan sama ada jadual kerjanya mampu menampung projek terbaru itu.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Dingin, Madah Berhelah, Anggapanmu dan Puncak Kasih ini, berlakon teater bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main.

Ini kerana dia sudah bersetuju sejak tahun lalu untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor keempat yang dijangka bermula pada Februari atau Mac depan.

“Saya tidak mahu menghampakan orang yang membayar saya dan semua tanggungjawab yang saya terima perlu dilakukan mengikut kehendak mereka.

“Dalam masa yang sama, saya mempunyai komitmen untuk menjaga kedua-dua bayi kembar pada waktu malam. Jadi, semua keputusan perlu difikir sebaik-baiknya,” beritahu ibu kepada pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.

Dalam perkembangan lain, wanita yang baru menginjak usia 42 tahun itu berkata dia juga dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaru.

“Setakat ini, saya sudah merakamkan dua buah lagu baru tetapi belum pasti bila ia akan diterbitkan kerana sibuk dengan penggambaran fotografi untuk majalah dan produk Slim World,” ujar Ziana yang bergelar duta Slim World sejak tujuh tahun lalu selepas melahirkan anak keduanya.

Dalam temubual menerusi telefon ini, isteri kepada Armin Zaharin ini juga seronok bercerita mengenai Kaseh dan Ariel saat ditanya mengenai rutin hariannya sejak kebelakangan ini.

Menurut Ziana, nama pasangan kembar itu dipilih oleh Armin menerusi buku. Lantas dia terus bersetuju dengan nama yang dipilih asalkan yang perempuan mempunyai dimulakan dengan nama Siti manakala yang lelaki dengan Muhammad.

“Saya tidak kekok untuk menjaga anak tetapi apabila mendapat dua orang bayi sekaligus, saya memerlukan seorang pembantu.

“Sekurang-kurangnya apabila seorang menjaga anak, seorang lagi boleh membuat kerja rumah.

“Memandangkan usia Kaseh dan Ariel sudah mencecah enam bulan dan masih dalam proses pra-matang, jadi agak sukar untuk saya membawa mereka keluar dari rumah.

“Walaupun begitu, mereka sudah boleh makan biskut dan Nestum,” katanya lagi.

Sehingga kini, Ziana masih belum bersedia untuk mendedahkan pasangan kembar tidak seiras itu.

Namun begitu Ziana sempat bercerita tentang wajah Ariel mempunyai iras-iras Aiman dan Ammar serta badannya lebih berisi.

Sementara tubuh Kaseh lebih kurus dan panjang serta bermata besar dan mempunyai bulu mata yang lentik.

Ditanya mengenai hal itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana ini tidak menafikan sedang menantikan masa yang sesuai.

“Saya tidak mahu merancang bila akan menunjukkan bayi kembar ini,” tuturnya yang sudah ‘menutup buku’ untuk menambah anak lagi.

Ziana turut berkata dia telah membuat sebuah majlis aqiqah secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan