Imej Bertudung Tidak Menghalang Juhara Berlakon Mak Yong

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juhara (kiri) dan Rosnan ketika majlis pra-tonton Makyung Anak Raja Serupa. -Foto Utusan
Juhara (kiri) dan Rosnan ketika majlis pra-tonton Makyung Anak Raja Serupa. -Foto Utusan

NAMA pelakon Juhara Ayob bukan asing bagi peminat dan penggiat teater tanah air.

Penampilan terbaru anak kelahiran Negeri Sembilan ini ialah persembahan 'Makyung Anak Raja Serupa' dengan memegang watak utama, Alam Kesuma.

Walaupun jiwanya sudah sebati dengan seni teater, Juhara tidak pernah menolak peluang untuk berlakon di dalam drama dan filem.

"Lakonan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya," kata Juhara ketika selesai membuat persembahan Makyung yang pertama untuk tahun 2010.

Namun begitu, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Juhara dilihat semakin menyepi dalam drama televisyen seolah-olah lakonannya juga turut hilang tanpa pengkhabaran.

Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Seri Angkasa 2001 ini, turut mengakui dia kini sedang sibuk dengan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM).

Tambahan pula tahun ini merupakan tahun terakhir pengajiannya dan dia terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada pengajiannya.

"Saya bukan tidak mahu berlakon dalam drama atau filem, tetapi disebabkan komitmen saya sebagai seorang pelajar, saya terpaksa menolak beberapa tawaran.

"Lagipun, saya sudah pun berada di tahun tahun akhir," katanya.

Tambahnya lagi, watak yang diterima juga tidak sesuai dengan imej bertudungnya membuatkan Juhara terpaksa menolak tawaran berlakon.

"Mungkin mereka (pengarah) tak sedar dengan imej saya yang kini bertudung," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pakaian untuk pementasan Makyung kali ini, Juhara memberitahu dia terlebih dahulu berbincang dengan pengarah sebelum menerima tawaran.

"Saya berbincang dengan pengarah sebelum menerima tawaran dan dia (pengarah) bersetuju saya pakai anak tudung semasa pementasan," katanya.

Selain itu, Juhara mengakui dia tidak pernah mempersoalkan mengenai bayaran untuk berlakon teater walaupun bayarannya tidak begitu lumayan berbanding dengan berlakon drama.

"Saya akui bayaran berlakon teater lebih rendah dari berlakon drama tapi itu bukan alasan untuk menolak tawaran," katanya.

Menurut pelakon yang pernah membintangi filem 'Jogho' ini, walaupun sibuk mengajar di ASWARA dan juga bergelar pelajar di UM, berlakon teater atau membuat persembahan seni seperti Makyung adalah caranya mencari hiburan.

"Persembahan Makyung adalah cara saya mencari hiburan," katanya.

Walaupun berpengalaman lebih 10 tahun dalam teater dan seni kebudayaan dan kini bertugas sebagai tutor sambilan di ASWARA, Juhara tetap mengakui berlakon dalam pementasan Makyung agak sukar.

Ini kerana tarian Mak Yong memerlukannya menari, menyanyi dan dalam masa yang sama, dia mesti memberi fokus terhadap muzik yang dimainkan semasa pementasan.

"Pementasan Makyung agak susah kerana kita perlu menari dan menyanyi serentak. Fokus juga perlu diberikan kepada alat muzik supaya langkah kita dapat diseiringkan," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan