Aril, Akim, Mila Bersatu Demi Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syarifah Syazana Ishak ketika diumumkan sebagai pemenang oleh Mila dan Akim.
Syarifah Syazana Ishak ketika diumumkan sebagai pemenang oleh Mila dan Akim.

SEBUAH majlis samputan untuk meraikan peminat drama bersiri Kau Dan Aku yang bertuah telah diadakan di perkarangan kolam renang yang bertempat di Sunway Hotel & Spa pada 16 Januari yang lalu.

Majlis tertutup yang diadakan secara eksklusif itu telah diadakan sempena meraikan seorang pemenang bertuah yang telah memenangi peraduan anjuran Radio Era FM.

Kehadiran barisan pelakon drama Kau Dan Aku seperti Mila, Akim, Aril, Amar (Anak Wayang), Zoey, Puteri Fateen, Anita Baharom, Nonie, Nurul dan Sabrina Ali yang turut hadir untuk meraikan Syarifah Syazana Ishak, 17 yang berasal dari Puchong beserta 50 rakan-rakannya ternyata menggamatkan lagi suasana majlis sambutan yang cukup meriah.

Dalam peraduan itu, pemanggil dikehendaki menyanyikan rangkap lagu-lagu runut bunyi pilihan yang dipetik daripada drama Kau Dan Aku iaitu Jika Kau Ubah Fikiran dendangan Mila dan Menatap Wajahmu dendangan Aril.

Sebagai ganjaran, pemenang yang bertuah boleh menjemput 50 orang rakan untuk turut sama menghadiri sebuah majlis sambutan tertutup yang diadakan secara eksklusif khas untuk mereka. Pemenang juga turut menerima sebuah gitar elektrik istimewa yang ditanda tangani oleh barisan pelakon Kau Dan Aku.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Ami berkata: ”Kami sentiasa mementingkan para penonton yang telah banyak memberi sokongan kepada program-program terbitan Astro selama ini.

"Sehubungan dengan itu, kami berusaha untuk merapatkan jurang dengan mereka dan sanggup turun padang menerusi pelbagai pelan promosi yang telah dirangkakan.

"Aktiviti seperti ini adalah salah satu usaha kami untuk mendekatkan diri dan mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni dengan mereka.

"Kami juga amat gembira dengan sambutan positif terhadap drama Kau Dan Aku yang menerapkan konsep drama muzikal yang mana ia turut menampilkan ramai pelakon dan bintang-bintang AF yang menari dan menyanyi yang ternyata merancakkan lagi jalan cerita untuk tontonan semua.”

Hadirin pada malam itu telah dihiburkan dengan persembahan istimewa yang telah dijayakan oleh barisan pelakon utama drama Kau Dan Aku sendiri iaitu Mila, Aril dan Akim.

Persembahan mantap bintang-bintang muda yang telah dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia terbitan Astro ini ternyata berjaya mencuri perhatian dan memikat hati ramai ketika tampil menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada drama popular tersebut seperti Kau Dan Aku, Menatap Wajahmu dan Jika Kau Ubah Fikiran.

Bukan sekadar itu sahaja, pelbagai acara menarik yang telah disusun pada malam itu seperti persembahan fire-eater, permainan Limbo rock, Hula hoop dan Tarian Hawaiian yang mana peserta dikehendaki menyarungkan skirt rami ataupun grass skirt untuk melakukan tarian tersebut.

Pada akhir majlis, pemenang pakaian terbaik kategori lelaki dan perempuan turut diumumkan.

Azlin turut menambah: ”Selain itu, kami juga telah susunkan pelbagai acara dan aktiviti menarik seperti persembahan pentas di kolej dan universiti seperti Aswara, Universiti Malaya dan UiTM Shah Alam dan konsert mini yang akan menampilkan barisan pelakon Kau Dan Aku menyanyi dan beraksi untuk mempromosikan drama ini secara lebih meluas.

"Kami ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberi peluang kepada orang ramai berhibur di samping beramah mesra dengan barisan pelakon drama Kau Dan Aku.”

Kau Dan Aku dibintangi oleh bintang-bintang remaja Akademi Fantasia seperti Mila, Aril dan Akim selaku penggerak utama di samping Amar (Anak Wayang), Farish, Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Nonny, Zoey, Azizah Mahzan, Nurul Wahab, Sabrina Ali Khan, Riezman, Sharifah Saadah dan ramai lagi kombinasi pelakon baru dan lama.

Drama bersiri ini turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Hafiz, Stacy dan Dafi.

Drama hiburan bersiri 26 episod ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni.

Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja.

Namun segalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Ia juga akan diselang-selikan dengan persembahan muzikal melalui lagu-lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati dengan elemen romantis, sedih, geram dan lucu yang sudah menjadi asam garam kehidupan remaja bagi.

Para peminat juga boleh melayari laman web www.astro.com.my/kaudanaku untuk mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti termasuk foto di sebalik penggambaran, sinopsis mingguan, muat turun lagu dan wallpaper serta banyak lagi.

Jangan lupa untuk menonton drama hiburan bersiri Kau Dan Aku pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam hanya di Astro RIA (saluran 104).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan