Acha Septriasa Tidak Bimbang Wang ATM Di Curi - Berita Hiburan | mStar

Acha Septriasa Tidak Bimbang Wang ATM Di Curi

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIDAK seperti orang lainnya, bintang filem 'Heart', Acha Septriasa tidak menunjukkan sebarang reaksi bimbang ketika heboh tentang kecurian duit dari Mesin Teler Automatik (ATM).

Dia juga tidak takut jika hal itu berlaku kepadanya.

"Wang di akaun bank saya sikit saja, tidak ada apa yang boleh dicuri," ujar gadis yang kini berusia 20 tahun itu.

Ketika ditanya berapa jumlah wang di dalam akaunnya, Acha enggan memberitahu. Dia hanya mengakui bahawa jumlah tersebut tidak akan menarik perhatian pencuri bank.

Namun begitu Acha turut kesal dengan kecurian seperti itu yang sering berlaku kepada rakan-rakan artisnya. Bekas kekasih Irwansyah itu juga berharap supaya mereka diberi hukuman yang setimpal.

"Mereka golongan hacker hanya mencari keuntungan daripada orang lain, mereka harus menerima balasannya" katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan