KD Menangis Teringatkan Anang

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KRISDAYANTI (KD) tiba-tiba menangis ketika menyampaikan lagu "Kamu Dihatiku Selamanya" ciptaan Maia Estianty.

Adakah lagu itu mengingatkan KD kepada Anang Hermansyah, bekas suaminya itu?

Dan ketika KD menyanyikan lagu itu dan terlihat saja video klip dirinya berduet dengan Anang Hermansyah, KD seperti ingin menangis.

"Sayang sekali tidak boleh diulang saat itu. Itu kan album (bersama Anang) yang terjual dengan jutaan kopi. Itu yang membuat saya mengeluarkan air mata," jelas KD.

Kata KD, suasananya sangat berbeza ketika dia menjalani proses perceraiannya.

"Kalau di mahkamah saya tidak menangis, tapi kalau tadi aku tak tahan," kata ibu dua anak ini, Aurel dan Azriel itu.

Penyanyi yang dikatakan sedang intim dengan pengusaha asal Timor Leste itu, tak memungkinkan mereka bersama.

Menurut KD, Anang meninggalkan banyak hal yang tidak boleh dilupakan.

"Masa itu sudah berlalu dan tidak dapat diulang. Mudah-mudahan ia boleh membuat saya bersemangat," katanya.

Mungkinkah KD ingin mengulangi kejayaan berduet bersama Anang?

"Entahlah...bergantung kepada Aurel, kerana dia yang mewakiliku," jawab KD, seperti dipetik laman kompas.com.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan