David Beckham Ambil Kursus Memasak - Berita Hiburan | mStar

David Beckham Ambil Kursus Memasak

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN bola sepak David Beckham sudah sedia untuk beraksi di dapur. Sekarang, suami Victoria Beckham itu sedang giat mengikuti kursus memasak.

”Saya sedang mengikuti kursus yang memerlukan 120 jam pelajaran memasak," katanya seperti dipetik dari Showbiz Spy.

Sebenarnya telah lama Beckham mengidam untuk bergelar seorang tukang masak cuma dia belum mempunyai kelayakan.

“Sekarang saya di Itali, jadi saya ingin belajar bagaimana untuk memasak pasta yang lazat,” ujar Beckham.

Berikutan keinginannya untuk membuat pasta yang lazat itulah membuatkan Beckham tertarik untuk mengikuti kursus memasak. Jika dia sudah pandai memasak, dia mahu mengundang sahabatnya, tukang masak terkenal Britain, Gordon Ramsay.

“Suatu hari nanti, saya harus memasak untuknya,” ujar Beckham yang sudah mula belajar memasak risotto dan carbonara.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan