Ang Pau RM1,000 Meriahkan Suria FM Rancak Tour

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SURIA FM meneruskan siri jelajah promosi bagi 2010 dan sebagai pembuka tirai, mereka akan ke selatan tanah air pada 23 Januari di Kluang Mall, Kluang, Johor manakala 24 Januari di Mydin MITC, Melaka.

Acara yang bermula 3 petang itu akan dirancakkan dengan persembahan Vince, Mila, Diana Danielle, Ameng Spring, kumpulan Sofaz dan penampilan istimewa Mawi di Mydin MITC, Melaka.

Buat pertama kalinya juga pengunjung berpeluang beramah mesra dengan penyampai terkini Suria FM seperti Linda Onn dan Halim Othman selain Zizi, Myra, Bob, Naim, Zaff, Tuah Zoqarnain dan DJ Lin.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Media Suria FM, DJ Lin, ‘Tema yang dipilih adalah sempena sambutan Tahun Baru Cina dan sebagai memeriahkan lagi acara itu nanti, angpau berjumlah sehingga RM1,000 bakal diberikan kepada 100 pengunjung terawal yang hadir dengan penampilan yang memenuhi tema yang kami tetapkan.

Selain itu, pelbagai permainan menarik akan diadakan yang menawarkan hadiah istimewa.

Kami juga turut membawa lebih seribu helai kemeja-T eksklusif Suria untuk diberikan kepada orang ramai yang hadir.

Siaran Suria FM di Kluang Johor boleh didengari menerusi 101.4 fm manakala di Melaka menerusi 88.5 fm. Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan