Teri Hatcher Rasa Seksi Apabila Berpeluh

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG siri Desperate Housewives, Teri Hatcher bangga memiliki badan yang menarik. Malah, Teri merasa dirinya seksi ketika dia berpeluh.

“Saya mudah berpeluh, jadi badan saya kelihatan seksi dan menarik,” ujarnya seperti yang dipetik menerusi Female First.

Wanita yang dilahirkan pada 8 Disember 1964 itu mendambakan badan yang berpeluh selepas berolahraga.

Teri berkata dia lebih suka mengeluarkan peluh dengan cara mengayuh basikal dalam jarak melebihi puluhan kilometer.

”Saya sangat suka berbasikal. Semua orang pasti tidak percaya kalau saya mampu berbasikal sehingga 80 kilometer,” jelasnya.

Teri memanfaatkan perjalanan dari rumahnya ke lokasi penggambaran Desperate Housewives dengan berbasikal.

Kerana kegemaraannya berbasikal, Teri juga pernah menyertai pertandingan lumba basikal, lari dan renang di Malibu pada musim panas 2009 lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan