Jojo Struys Teruskan Kembara Dengan 'Project Alpha'

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNGKIN nama Jojo Struys agak sepi daripada publisiti sejak kebelakangan ini. Namun, Jojo yang pernah melakar nama dalam dunia pengacaraan menerusi program Health Buzz ini masih belum berundur daripada industri hiburan tempatan.

Bukan menyepikan diri, sebaliknya, Jojo kini sedang giat menyiapkan rakaman program realiti terbarunya, Project Alpha.

Bersiaran untuk musim kedua, konsep program yang segar dan baru di Malaysia ini bukan seperti kebanyakan program realiti yang sedia ada.

Sebaliknya, Jojo lebih selesa memanfaatkan perkembangan Internet dan aktiviti penulisan blog sebagai pengisian program.

Bertindak selaku pengacara dan penerbit, Jojo menyedari perkembangan pesat dunia blog hari ini. Lantas, dia mengambil peluang itu dengan menampilkan pengisian dan konsep Project Alpha yang mendedahkan kisah kehidupan dan aktiviti harian penulis blog.

"Sebelum ini kita terlalu banyak didedahkan dengan program realiti berbentuk nyanyian, tarian, lakonan, perlumbaan dan pertandingan.

"Masih belum ada lagi program realiti yang menjejaki dan mendedahkan kisah kehidupan dan aktiviti harian penulis-penulis blog.

"Memandangkan saya sendiri aktif dalam penulisan blog dan merasakan bidang ini semakin meluas dilakukan oleh oran ramai, jadi ia memberi ilham kepada saya menerusi syarikat (Kyanite) untuk terbitkan program ini bermula tahun lalu.

"Sambutan dan reaksi untuk musim lalu sangat memberangsangkan dan kami mendapat peluang sekali lagi untuk meneruskan program ini di musim kedua," katanya.

Kecenderungannya terhadap penulisan blog telah memberikan ilham kepada gadis ini untuk mencetuskan penerbitan program realiti yang unik dan tersendiri ini.

Masih lagi mengekalkan konsep asalnya, Project Alpha Musim Kedua turut mengangkat jurnal harian tujuh orang penulis blog yang dipilih untuk menyertai musim ini.

Antara dua penulis blog yang tersenarai ialah selebriti Azwan Ali dan wartawan Joe Lee.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan