Azwan Ali Dan Klubbkidd Antara 7 Blogger Paling Berpengaruh

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selebriti Azwan Ali terpilih menyertai Project Alpha 2 berdasarkan respon luar biasa pembaca terhadap laman blognya, silaserazwanali.blogspot.com. - Foto oleh BRIAN MOH
Selebriti Azwan Ali terpilih menyertai Project Alpha 2 berdasarkan respon luar biasa pembaca terhadap laman blognya, silaserazwanali.blogspot.com. - Foto oleh BRIAN MOH

TUJUH penulis blog yang tersenarai dalam program 'Project Alpha' dipilih daripada pelbagai latarbelakang dan karier ini terkenal menerusi laman blog masing-masing termasuklah shaolin tiger.com, klubbkidd.com, silaserazwanali.blogspot.com, kyspeaks.com, mimi-ahmad.com, nicky chong dan cheeserland.com.

Dan tentunya yang paling menonjol ialah blog selebriti Azwan Ali, silaserazwanali.blogspot.com, yang popular dengan coretan pelbagai isu 'panas' mengenai kehidupan peribadinya dan industri hiburan tanah air.

Menurut hos dan penerbit 'Project Alpha', selebriti Jojo Struys, program realiti itu hanya boleh ditonton secara online dan masih di dalam proses rakaman.

Setiap minggu dia dan beberapa kru akan 'turun padang' untuk menjejaki aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ketujuh-tujuh penulis blog terbabit.

"Buat masa ini, kami masih lagi dalam proses merakam aktiviti-aktiviti kesemua penulis blog tersebut.

"Menariknya, untuk musim baru ini, kami akan tampilkan selebriti popular tanah air, Azwan Ali yang terkenal menerusi laman blog 'sensasi'nya, silaserazwanali.blogspot.com.

"Kita melihat pelbagai respon pembaca terhadap isi kandungan penulisan Azwan sebagai sesuatu yang cukup menarik untuk diketengahkan. Tentu orang ramai ingin tahu aktiviti harian dan kariernya.

"Baru-baru ini, kami pergi menjejaki Azwan ketika di majlis perlantikannya sebagai duta produk dan kami paparkan aktiviti terlibat dalam rakaman program ini.

"Begitu jua dengan penulis-penulis blog yang lain. Kami akan rakamkan aktiviti-aktiviti mereka dan paparkan dalam Project Alpha," kata Jojo penuh bersemangat.

Program yang memakan masa sekitar empat hingga lima minit untuk setiap episod ini akan sentiasa dikemaskini dan disiarkan setiap hari dengan paparan aktiviti-aktiviti mereka.

Seperti musim lalu, Project Alpha musim ini juga diterbitkan oleh syarikat miliknya dan seorang teman, Kyanite Sdn Bhd dengan kerjasama nuffnang.com.

Program realiti yang dibawakan khas oleh Adidas Fragrance ini akan mula bersiaran secara online pada April ini di kyanite.tv, nuffnang.com, jojostruys.com dan hitz.tv.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan