'Avatar' Dinobatkan Filem Terbaik Golden Globe Awards ke-67

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM Avatar karya James Cameron telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Golden Globe Awards ke-67.

Avatar telah mengalahkan filem The Hurt Locker, Inglourious Basterds, Precious: Based On The Novel Push By Sapphire dan Up In The Air.

Filem kedua di dunia sepanjang sejarah lakonan Sam Worthington itu telah membawa pulang dua trofi Golden Globe termasuk kategori Sutradara Terbaik.

Kemenangan filem yang berlatarkan tahun 2154 itu juga sudah dijangka pada Academy Awards ke-82 akan datang sebagai kategori Filem Terbaik.

Dalam ucapan kemenangannya, James Cameron yang tidak mampu menyembunyikan kegembiraannya berkata, ‘Ini adalah pekerjaan terbaik di dunia.’

Avatar merupakan filem yang dibuat oleh Cameron sejak 1994. Sebenarnya dia mahu melakukan suntingan filem tersebut selepas Titanic. Namun dia terpaksa menundanya kerana teknologi filem saat itu tidak mampu menampung ideanya sehingga pada tahun lalu, Cameron telah menayangkan Avatar dalam versi 2D dan 3D.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan