Pengarah Filem Tak Sudah-Sudah Angkat Bakul

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini, teman baik Adlib hadir di majlis gala filem yang diadakan di Petaling Jaya. Sejak dulu lagi, masa shooting filem itu sekitar tahun 2008, sudah dipukul canang kononnya karya terbaru pengarah ini lain daripada yang lain. Teman Adlib pun berkejarlah ke majlis itu dengan harapan ada perubahan pada filemnya kali ini.

Tapi, hampeh! Langsung tak nampak perubahan pada filem itu. Sebaliknya, pengarah tu tak sudah-sudah mempamerkan 'elemen-elemen' bangga diri dan merasakan dirinya betul. Malulah sikit, filem dah berpuluh-puluh, tapi masih pada takuk tu juga.

Si tuan pengarah ni, bab bercakap memang tak nak kalah. Masih lagi dengan hujah dan fakta ilmiahnya untuk bermegah dengan filem itu.

Teman Adlib juga mengadu, geng media yang hadir majlis sidang media selepas preview filem itu pun dah naik 'letih' dan bosan dengan ragam si pengarah ni.

Orang tahulah awak tu pengarah filem 'hebat', maklumlah filem-filem awak semuanya pecah panggung walaupun hakikatnya kena tutup sebelah mata. Tapi, itu bukan lesen untuk bangga diri dan perasan apa yang dilakukannya itu terbaik.

Yang tak tahan tu bila si adik pengarah tak cukup-cukup memuji filem abangnya. Dah lebih 100 kali dia menonton filem itu dan hatinya berdebar-debar bila masuk panggung, tak sabar-sabar nak tengok reaksi penonton.

Memanglah masyarakat terima baik filem si pengarah ni tapi rasanya sebab tuah je kot. Selagi filem awak tu masih diterima penonton, bolehlah awak menongkat langit. Esok lusa, bila orang dah jemu dengan 'sentuhan keramat' awak tu, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Adlib: Ingat-ingatlah, langit tu tak selalunya cerah...

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan