Lindsay Lohan 'Naik Angin' Dengan Fitnah Video Seks

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Lindsay Lohan dikhabarkan telah 'naik angin' gara-gara timbulnya gosip yang mengaitkannya dengan rakaman sebuah video seks.

Gosip yang mula tersebar mendakwa Lindsay terlibat dalam rakaman video 'panas' selama 47 saat yang dirakamkan ketika Lindsay sedang mengadakan hubungan intim bersama seseorang yang tidak dikenali.

Menurut sebuah laporan, video itu telah ditawarkan kepada sebuah majalah untuk golongan dewasa dengan nilai sebanyak USD160,000.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun itu bertegas bahawa semua cerita yang timbul adalah tidak benar dan bersifat fitnah semata-mata.

"Saya tidak pernah mendengar perkara itu. Ini semua cerita karut yang ingin menjatuhkan reputasi saya," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Lindsay di contactmusic.com.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan