Tiger Woods Ubat Kecanduan Seks Di Cape Town

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN golf nombor 1, Tiger Woods yang mendapat malu besar setelah skandal seksnya terbongkar kini sedang menjalani konsultasi untuk mengubati kecanduan seksnya di sebuah klinik di Cape Town, Afrika Selatan.

Setelah skandal seksnya bersama 14 wanita tersebar di seluruh dunia pada November lalu, Tiger Woods tidak muncul di khalayak ramai.

Beberapa wanita cantik turut dikaitkan termasuk bintang film porno Hollywood yang disebut sebagai ML.

Menurut sumber yang dipetik dari The Sun, pemain golf berdarah Thailand ini sekarang berada di Afrika Selatan. Beberapa laporan media dan orang perseorangan mendakwa pernah bertemu Tiger Woods di Cape Town.

Woods, dikatakan sedang menjalani rawatan untuk mengatasi kecanduan seksnya di Montrose Place yang berada di tengah kota, Bishopscourt.

Sejak berita tentang ketagihan seksnya terkeluar, isteri Woods, Elin Nordegren memutuskan untuk bercerai dengan suaminya.

Elin yang memiliki dua orang anak hasil pernikahannya dengan Tiger Woods berkata, dia nekad untuk berpisah dari Woods kerana Woods menolak untuk mengubati kecanduan seksnya.

Salah seorang staf di Montrose Place ketika ditanya, benarkah Woods berada di tempat tersebut untuk tujuan memulihkan ketagihannya, dia hanya berkata, "Montrose Place memiliki fasiliti terbaik dan bereputasi. Tidak ada nama pesakit yang boleh disiarkan pada umum."

Sejak skandal seks itu merebak, Woods sudah kehilangan sponsor utamanya, Accenture, Gillette, Gatorade dan Tag Heuer. Ini bermakna Woods akan kehilangan wang berjuta-juta jika kesepakatan ini tidak diperbarui.

Dan Elin pula boleh dapat setengah dari kekayaaan Tiger Woods yang bernilai 337 juta pound jika mereka rasmi bercerai.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan