Rihanna Selesa Mendedahkan Dadanya

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Rihanna semakin berani mengenakan pakaian yang separuh bogel. Terkini, Rihanna kembali memberi pose yang terbuka untuk W Magazine.

Pose yang menunjukkan pakaian yang terdedah merupakan koleksi foto terbaru penyanyi 'Take A Bow' ini. Walaupun memakai bermacam koleksi dari pereka fesyen ternama, namun dia tetap selesa untuk mendedahkan dadanya.

Dalam W Magazine, Rihanna mengenakan kot hitam jenama Christian Dior dari kulit ular. Tanpa memakai baju dalam, Rihana membiarkan saja bagian dada kot yang dipakainya terbuka.

Dalam pose yang lain, penyanyi berasal dari Barbados itu menunjukkan punggungnya yang dihiasi tatu bintang. Tanpa memakai blouse, Rihanna hanya menutup dadanya dengan tangan yang dibalut sarung tangan dengan manik-manik.

Rihanna juga menggayakan gaun Prada hitam dari bahan organza yang jarang untuk salah satu posenya.

Sebelum ini, Rihanna pernah mengeluarkan pendapat yang mengundang banyak reaksi. Dalam satu wawancara, Rihanna berkata, setiap perempuan seharusnya pernah berpose telanjang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan