Mak Tom Sebak Wartawan Cemuh Azwan Pondan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mak Tom meniup lilin kek ulang tahun ke-44 Azwan yang disambut awal sebulan. -Foto ihsan RADHIFF TALHA
Mak Tom meniup lilin kek ulang tahun ke-44 Azwan yang disambut awal sebulan. -Foto ihsan RADHIFF TALHA

BIAR buruk di mata orang, di hati seorang ibu, anaknya tetap segalanya. Kalau pun ada yang tidak kena pada mata orang, bagi ibu penyayang bernama Mak Tom, anaknya selebriti Azwan Ali adalah buah hati pengarang jantung.

Justeru jika ada yang mencemuh dan mengaibkan anaknya, Mak Tom tidak teragak-agak meluahkan rasa.

"Mak Tom tak suka wartawan cemuh Azwan pondan. Kenapa Azwan dimalukan begitu. Semua soalan tu menjatuhkan air mukanya?," kata Mak Tom ketika majlis pelantikan Azwan sebagai Duta Serai Hijau kelmarin.

Ibu tua yang hadir memberi sokongan moral pada Azwan tidak dapat membendung perasaan terkilannya setelah melihat sedutan program hiburan 'Terjah' yang ditayangkan pada hadirin di 'Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali' itu.

"Mak Tom tak suka wartawan tu asyik cakap Azwan pondan. Dia tahu ke Azwan tu pondan. Janganlah cakap ikut sedap mulut. Mak Tom hidup lagi, hormatlah sikit..." kata Mak Tom sambil tangannya mengenggam erat seberkas serai.

Ternyata sedutan rakaman program majalah hiburan itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada naluri keibuan Mak Tom.

"Memang hati Mak Tom terguris. Tak patut aibkan Azwan begitu. Ini majlis dia. Tak baiklah cakap macam tu...," jelas Mak Tom lagi.

Petang itu, hati Mak Tom bagai tidak dapat dipujuk lagi. Sesekali suaranya tersekat-sekat menahan sebak. Jika selama ini dia hanya mendengar saja cakap-cakap orang sekeliling perihal anaknya Azwan tapi kelmarin, Mak Tom terpaksa melihat dan mendengar sendiri cemuhan yang terluncur dari mulut seorang wartawan.

"Orang Islam tidak boleh menjatuhkan air muka orang lain. Kenapa nak aibkan Azwan? Yang Mak Tom tak puas hati kenapa tanya bertalu-talu, balik-balik pasal pondan. Tak ada cerita lain ke?," kata Mak Tom dalam nada tenang meskipun jelas kekerutan di wajahnya.

Bagi Mak Tom walau apa pun gambaran hodoh yang ingin dilakarkan, seorang wartawan perlu menjaga sensitiviti dan hati semua pihak.

"Bayangkan perasaan Mak Tom sebagai ibu Azwan bila Azwan dicela begitu. Mak Tom sedih," kata ibu kepada YB Azmin Ali ini.

Di sebalik insiden tayangan rakaman itu, Mak Tom melahirkan rasa gembiranya di atas penghargaan yang diberikan ke atas Azwan sebagai Duta yang baru dilantik.

"Alhamdulillah itu rezeki Azwan Mak Tom selalu nasihatkan Azwan dan anak-anak yang lain agar tak lupa dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang tuhan beri," kata ibu yang gigih ini.

Walaupun sedih mengenangkan cemuhan orang terhadap Mak Tom. Dia tetap bersabar dan yakin tuhan itu adil.

"Macam-macam orang cakap pasal Azwan. Mak Tom selalu pesan pada Azwan, biarlah apa orang nak kata, kita jangan balas balik kerana tuhan ada," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan