AJL24 Cecah Rekod 5 Juta Penonton

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGALA penat lelah menghasilkan sesuatu di luar impian rakyat Malaysia, Anugerah Juara Lagu 24 mencatatkan pertumbuhan penonton dalam industri tontonan televisyen yang sengit ketika ini.

AJL24 membuktikan sekali lagi sebagai satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia!

Keunggulan anugerah berprestij, AJL24 sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya menambat hati peminat-peminat muzik tempatan.

AJL24 berjaya mencatat jumlah penontonan sebanyak 4.6 juta (24.1 TVR) atau 68.3% (sumber AGB Nielsen) sewaktu tayangan secara langsungnya pada hari Ahad, 10 Januari 2010, bermula dari jam 9.00 malam – 12.00 tengah malam. Sepanjang siaran langsung itu jika di lihat dari minit ke minit juga mencatatkan penontonan mencecah 5 juta penonton!

Bukan saja penonton di kaca televisyen malah melalui laman web www.tv3.com.my mencatatkan salah satu rekod dan sejarah baru apabila mencatatkan 20 ribu pelayar (AJL24 & Sebalik Tabir live streaming) dan seramai 3 ribu pengikut laman web sosial bersama twitter. Melalui laman web ini juga pertama kali diperkenalkan panorama 360°, gambaran keseluruhan pemandangan di dalam dan luar stadium sewaktu AJL24 berlangsung.

Malah, peratusan pelayar web ini menjadi satu rekod di Asia Tenggara (sumber Octoshape Infinite Edge Internet Media) dimana hampir 30% penonton dicatatkan terdiri dari pelayar-pelayar web dari negara Jepun, Denmark, Australia, Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom.

AJL24 memberi satu dimensi baru dalam penganjurannya setelah memberi satu impak maksimum melalui persembahan pentas selain komitmen finalis yang membawakan lagu-lagu mereka dengan cara, pemfokusan dan kreativiti masing-masing.

AJL24 juga memperlihatkan penganjuran terbaik sepanjang 24 tahun ini selain memartabatkan lagu Pergi ciptaan Pete Teo, lirik bersama Amran Omar, disampaikan oleh Aizat Amdan ternyata satu keputusan sebulat suara dari pihak juri yang diketuai oleh komposer berpengalaman, Fauzi Marzuki

Mengulas mengenai kejayaan AJL24 sebagai salah satu anugerah paling gemilang di Malaysia, Dato Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menjelaskan, “Perancangan selama 8 bulan ternyata membuahkan hasil yang lumayan, hasilnya bukanlah boleh di kira dengan wang ringgit akan tetapi melalui kepuasan menjadikannya satu acara di luar jangkaan.

"Saya bagi pihak TV3, juga berbangga dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat, produksi, pengurusan jenama, program-program terbitan dalaman, stesen radio rasmi Hot FM, para media yang sentiasa menyokong usaha kami ini dan AJL24 keseluruhannya,” ujarnya.

"Bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah penontonan mencecah 5.0 juta, segala keringat dan penat lelah tenaga kerja menjadi bukti bahawa tanggungjawab sebagai sebuah stesen TV dikongsi bersama menjadikannya sebuah acara gilang-gemilang.

Ini juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih kuat menyokong industri muzik tanahair. Saya menyarankan agar pengiat-pengiat muzik tanahair untuk terus mencurah ilmu dalam penciptaan lagu sesuai dengan kehendak halwa telinga peminat-peminat muzik kini," ujarnya lagi

AJL24 bukan sahaja semata-mata meraikan pengiat-pengiat muzik tanah air malah ianya juga sebagai batu loncatan untuk mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan.

Maklum balas yang diterima daripada para penonton juga amat menggalakkan malah pihak kami juga menerima permintaan daripada penonton untuk menyiarkan ulangan AJL24. Ini jelas membuktikan kewibawaan anugerah ini seharusnya diberikan pujian dan semoga terus sukses di masa akan datang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan