Wyclef Jean Bimbang Dengan Keadaan Haiti - Berita Hiburan | mStar

Wyclef Jean Bimbang Dengan Keadaan Haiti

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi rap dan komposer terkenal, Wyclef Jean bimbang dengan kejadian gempa bumi yang melanda negara kelahirannya, Haiti. - Foto AP
Penyanyi rap dan komposer terkenal, Wyclef Jean bimbang dengan kejadian gempa bumi yang melanda negara kelahirannya, Haiti. - Foto AP

PENYANYI rap yang juga bekas ahli kumpulan Fugees, Wyclef Jean menyeru rakan-rakan dan para peminatnya agar mendoakan keselamatan kaum keluarganya yang masih berada di bumi kelahirannya, Haiti, ekoran kejadian gempa bumi yang melanda kepulauan Carribean itu, Selasa lalu.

Penyanyi dan komposer terkenal itu, sinonim dengan penglibatan aktifnya dalam pengumpulan dana kebajikan untuk tanah airnya itu menulis kenyataan itu di akaun Twitternya selepas berita malapetaka itu mula tersebar di serata Amerika pada tengah hari kelmarin.

"Haiti telah dilanda gempa bumi yang dahsyat. Sila hubungi kaum keluarga anda di sana," demikian menurut kemaskini Twitternya.

Jean kemudiannya, mengemaskini semula laman itu kurang daripada sejam dengan menulis, "Haiti baru sahaja dilanda gempa bumi pada 5.9 skala Richter, wahai sahabat dan manusia sejagat, berdoalah untuk kesejahteraan bumi itu."

Jean turut memohon sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada badan kebajikannya, Yale Haiti agar dapat membantu mangsa-mangsa terlibat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan