Search Jelajah Eropah Februari Ini

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Search ketika mengadakan persembahan di malam AJL ke-24 baru-baru ini.
Search ketika mengadakan persembahan di malam AJL ke-24 baru-baru ini.

SELEPAS 30 tahun kumpulan Search bertapak dalam industri hiburan ini, akhirnya mereka akan menjejakkan kaki ke Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Band popular yang mendapat tepukan paling gemuruh ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini akan membuat persembahan jelajah Search Live In UK & Ireland di tiga lokasi di Benua Eropah itu atas anjuran dan tajaan OrangKita, syarikat promosi di Ireland.

“Ini merupakan kali pertama Search membuat persembahan di Dublin, London dan Liverpool. Kali terakhir, kami pernah membuat persembahan di New York.

“Sebelum ini saya menanti-nantikan peluang untuk pergi ke tiga lokasi itu. Setelah mendapat panggilan dan berbincang dengan pihak penganjur untuk membawa Search ke sana, saya dan rakan-rakan Search yang lain terus bersetuju.

“Insya-Allah, kami akan menyanyikan 70 peratus lagu-lagu hits Search selama satu jam setengah. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.orangkita.eu,” kata vokalisnya, Amy mewakili Search.

Walaupun tempoh persembahan jelajah itu tinggal sebulan sahaja lagi, Amy berkata Search belum memikirkan tentang corak dan konsep persembahan yang akan dilakukan nanti.

“Kami baru nak mula duduk berbincang tentang persembahan itu. Apa yang saya tahu, band Hujan juga akan membuat persembahan opening di London nanti,” ujarnya lagi.

Amy berkata dia mendapat tahu ramai peminat dari Malaysia yang menetap di sana meminta Search membuat persembahan.

Selain daripada persembahan jelajah itu, Amy berkata Search akan menghasilkan album terbaru mereka pada Jun depan.

“Insya-Allah, Search akan tampil dengan album yang memuatkan 10 buah lagu baru. Dari segi konsep, kami masih mengekalkan elemen yang ‘tipikal’ seperti album-album Search terdahulu.

“Album ini juga masih menggunakan khidmat M.Nasir selaku komposer dan produsernya,” cerita Amy yang turut bergerak secara solo.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan