Saya Rasa Ketinggalan Di Sinar FM - Linda

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Linda akan ke udara bermula 18 Januari ini dalam Suria Drive pukul 4 petang Hingga 8 malam. Foto The Star Olen UUN BAN
Linda akan ke udara bermula 18 Januari ini dalam Suria Drive pukul 4 petang Hingga 8 malam. Foto The Star Olen UUN BAN

TEKA-TEKI selepas Linda Onn mengesahkan tidak menyambung kontrak dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP), hari ini terjawab apabila dia diumumkan sebagai salah seorang penyampai baru di stesen radio yang sedang meningkat naik, Suria FM.

Linda tekad untuk membuat penghijrahan setelah 11 tahun berada di rangkaian stesen radio yang popular itu.

"Sudah terlalu lama saya di situ, memang ada perasaan sayang sebab kami dah macam satu keluarga. Tapi sudah sampai masanya untuk sayangkan diri sendiri.

"Susah untuk keluar dari stesen lama sebab saya datang ke Kuala Lumpur adalah untuk AMP Radio dan saya ambil keputusan untuk keluar ini sebagai satu cabaran agar saya lebih kuat.

"Saya ambil masa sebulan untuk fikir perkara ini sehingga 31 Disember lalu dan buat keputusan untuk ambil peluang ini," kata Linda yang menganggap tawaran dibuat oleh Suria FM tepat pada masanya di kala dia sedang mencari-cari angin baru.

Linda bakal ke udara pada 18 Januari ini pada pukul 4 petang hingga 8 malam dalam program Suria Drive.

Selain itu, turut mengiringinya sebagai penyampai baru ialah rakan lamanya Halim Othman bagi memantapkan lagi jentera stesen itu selain penyampai yang sedia ada seperti Myra, Tuah Zulkarnain, Zizi, Bob, Naim dan Zaff.

Ketika ditanya tentang bayaran yang diberi kepadanya sehingga dia sanggup meninggalkan Sinar FM, Linda berkata perkara itu terlalu peribadi untuk dimaklumkan.

"Tentang bayaran, saya tidak boleh beritahu, tapi agak lumayan kerja di sini. Namun begitu ia bukan kerana bayaran semata-mata tetapi idea saya juga lebih diperlukan.

"Pihak Suria FM juga ada berbincang dan meminta idea, saya sudah sediakan perancangan untuk program saya sendiri," ujar Linda yang mengikat kontrak selama setahun dengan Suria FM.

Dia turut berkongsi perasaan teruja untuk bertugas dengan majikan barunya seperti yang pernah dirasai ketika memulakan karier di Era FM, 11 tahun lalu.

"Saya rasa excited untuk bekerja di Suria FM kerana stesen ini baru dan perlu usaha dengan lebih kuat. Perasaan ini saya rasakan ketika tahun pertama saya memulakan tugas di Radio Era.

"Saya akan buat yang terbaik dan apa yang penting ialah kerjasama sepasukan untuk membawa Suria FM berada di kemuncak," ujarnya yang pada awal menafikan statusnya sebagai penyampai baru di stesen itu kerana permintaan daripada pihak Suria FM.

Tidak Sesuai Dengan Sinar FM

Dalam pada itu, Linda turut mengakui secara peribadi jiwanya tidak sesuai dengan stesen radio Sinar FM.

"Dari sudut peribadi saya rasa ketinggalan sebab konsep Sinar FM sendiri adalah muzik retro. Saya ingin seiring dengan industri muzik tanah air.

"Lagu Aizat dan Yuna yang menang Anugerah Juara Lagu, Ahad lalu juga baru pertama kali saya dengar, saya rasa sangat ketinggalan.

"Tapi itu hanyalah salah satu sebab sahaja saya tinggalkan Sinar FM bukan secara keseluruhannya," ujar Linda yang tidak sabar memulakan tugas barunya itu.

Selain itu minat yang mendalam dalam bidang penyampaian turut membuatnya lebih selesa sebagai DJ berbanding memegang jawatan yang lebih tinggi.

"Bukan saya tidak pernah ditawarkan menjadi pengurus atau jawatan yang lebih tinggi daripada ini, namun saya lebih berminat ke udara.

"Kalau saya jadi pengurus mungkin saya banyak komitmen lain, saya lebih suka jadi DJ,” ujar Linda yang lebih gemar ke udara pada waktu petang.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan