Halim Othman Akhiri Zaman Bujang Jun Ini

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Halim bakal ke udara pada 18 Januari ini dalam program Suria Breakfast manakala Linda menerusi Suria Drive. Foto The Star Oleh UUN BAN
Halim bakal ke udara pada 18 Januari ini dalam program Suria Breakfast manakala Linda menerusi Suria Drive. Foto The Star Oleh UUN BAN

SETELAH meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008, Halim Othman seperti menyepi dari arena penyiaran radio.

Namun seperti yang telah disebut-sebut sebelum ini bahawa dia bakal menyertai Suria FM terjawab petang semalam apabila turut diumumkan sebagai tonggak baru stesen radio itu.

Selama dua tahun berehat, Halim berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.

Jejaka berusia 45 tahun ini mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.

"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini.

"Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya yang memberitahu telah melamar gadis tersebut secara tidak rasmi.

Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.

"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius.

"Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi.

"Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.

Dalam pada itu, Halim yang masih lagi tidak menyangka akan kembali kebidang penyampaian radio memberitahu akan memberikan terbaik dan menampilkan gaya terbaru yang sesuai dengan peredaran zaman.

"Saya kene cari style yang baru, mungkin cara lama sudah lapuk. Tapi saya adalah saya.

"Apa yang saya perhatikan pendengar pada waktu pagi kini lebih suka topik yang ceria berbanding dahulu mereka lebih gemar kepada topik yang serius," ujarnya yang bakal ke udara dalam program Suria Breakfast pada 6 pagi hingga 10 pagi yang turut digandingkan bersama Zizi.

Halim turut menyifatkan gandingannya bersama Linda Onn ke Suria FM adalah seperti Dejavu dan mengingatkannya pada awal bermulanya Era FM, 11 tahun lalu.

"Stesen Suria FM mempunyai potensi untuk pergi jauh, saya bersedia untuk sumbangkan idea untuk meningkatkan nama Suria FM ini," ujarnya yang berjanji untuk menarik peminat-peminatnya mendengar stesen radio itu.

Ketika ditanya tentang kegiatan yang dilakukan selama dua tahun, Halim memberitahu bahawa dia banyak menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti yang ingin dilakukan semasa bekerja dahulu.

"Saya lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan ketika saya bekerja dahulu iaitu saya mengajar Bahasa Inggeris di Masjid, Saya juga mencari semula kawan-kawan lama yang saya tinggalkan," ujarnya yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di Masjid Taman Desa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan