Acha Septriasa Jadi Perempuan Simpanan?

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DEMI mendapatkan kehidupan mewah, menjadi perempuan simpanan adalah jalan termudah. Itu yang dilakukan Acha Septriasa dalam filem terbarunya.

Filem berjudul Ssst Jadikan Aku Simpanan arahan Hanny R. Saputra, memerlukan Acha memainkan watak sebagai seorang perempuan yang ingin hidup glamor, mewah dan rela melakukan apa saja demi kepentingannya.

"Ini berkisarkan kehidupan remaja yang nakal. Dari sini kita boleh ambil pengajaran atau hiburannya. Yang baik boleh dijadikan contoh dan yang tidak baik jangan diikuti," ujar Acha ketika ditemui di Planet Hollywood, Jakarta Selatan.

Bekas kekasih Irwansyah itu tidak takut kalau lakonannya nanti akan menjadi kontroversi. Menurutnya apa yang dilakonkan di layar perak itu akan menjadi pengajaran kepada semua remaja.

"Jangan melakukan segala perkara yang kita mahu sahaja dan jangan hanya cuma memikirkan wang semata-mata, jadilah manusia yang ada harga diri," jelas Acha.

Dalam filem tersebut Acha akan bergandingan dengan Ayu Azhari dan Julia Perez. Dia turut menganggap filem tersebut bertentangan dengan gaya hidupnya sekarang.

"Saya tidak suka hidup seperti itu. Walaupun suka berhias tapi saya tidak suka tampil dengan barangan yang mahal-mahal," kata Acha seperti dipetik dari Detikhot.com.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan