KD Nafi Nikah Hujung Bulan Ini

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN sudah mengumumkan tentang berita pernikahannya yang akan berlangsung pada tahun ini, namun penyanyi Indonesia, Kris Dayanti atau KD menafikan dia akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung Januari ini.

Diva yang sedang popular menerusi lagu Amarah hasil duetnya dengan Datuk Siti Nurhaliza ini juga masih merahsiakan tentang calon suaminya itu.

Bagaimanapun dia tidak menafikan bakal pengganti bekas teman hidupnya, penyanyi dan komposer Indonesia Anang Hermansyah merupakan jutawan dari Timor Leste, Raul Lemos.

"Tunggu... yang penting dia menerima saya apa adanya dan mencintai keluarga saya," ujarnya sambil tersenyum saat ditanya sama ada lelaki yang pernah digosipkan dengannya itu merupakan bakal suaminya.

Baru-baru ini, media Indonesia mendakwa hubungan KD dengan Raul kembali mesra apabila kedua-duanya dilihat cukup romantis di Dili, Timor Leste.

Namun, KD menafikan perkara tersebut menerusi peguamnya, Elsie Lontoh kerana waktu itu KD sedang berada di Bali.

Penyanyi seberang yang cukup popular di Malaysia itu dilihat berada di pesta ulang tahun Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta pada 26 Disember lalu bersama kekasihnya.

Sehari sebelum ini, kedua-duanya dikatakan makan bersama di Hotel Timor selepas tiba dengan sebuah kereta sambil berpegangan tangan ketika memasuki hotel tersebut.

Tambah adik kepada penyanyi Yuni Shara ini: “Saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi saya perlu lebih berhati-hati. Bukan mudah untuk saya hidup bersendirian.

"Insya-Allah, kalau saya jadi berkahwin pada tahun ini, saya akan mengundang Siti untuk menyanyi pada majlis itu.”

Walaupun dia diasak bertubi-tubi soalan tentang tarikh pernikahannya, sama ada awal, pertengahan atau hujung tahun ini, KD hanya meninggalkan persoalan itu dalam bentuk teka-teki.

Semuanya bagaikan menjadi rahsia dan dia berkata belum tiba masanya untuk mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu.

"Saya masih memilih tempat dan semuanya masih dalam perancangan. Bukan mudah untuk melakukan persiapan,” kata KD pada sidang media pelancaran album duetnya dengan Siti, CTKD dan sambutan ulang tahun Siti ke-31 di JW Marriott, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketika diajukan soalan kepada Siti pula yang berada di sebelah KD, dia menjawab sambil tersenyum: “Siti belum berjumpa dan tidak tahu lagi tentang bakal suami KD.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan