Gisele Bundchen, Supermodel Paling Mahal Dibayar - Berita Hiburan | mStar

Gisele Bundchen, Supermodel Paling Mahal Dibayar

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GISELE Bundchen secara rasminya diumumkan sebagai supermodel yang menerima bayaran termahal.

Supermodel berusia 29 tahun itu menerima 35 juta dolar pada tahun lalu walaupun 'berehat' seketika ketika melahirkan cahaya mata sulungnya.

Jumlah bayaran itu sekaligus berjaya menepis beberapa supermodel lain termasuklah Kate Moss yang hanya menerima 7.5 juta dolar dan berada di tangga kedua.

Adriana Lima pula berada di tangga ketiga manakala Doutzen Kroes menduduki tempat keempat dalam senarai penerima bayaran paling mahal di kalangan supermodel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan