Bekas Penyanyi Kumpulan Exist Didenda RM2,411 Kerana Mencuri

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda RM2,411 ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat, kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 Nov lepas.

Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara.

Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan