Amy Winehouse Dimalukan oleh Bapa Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMY Winehouse mengecam tindakan bapanya, Mitch, kerana membicarakan secara terbuka tentang kesukaran penyanyi itu melawan ketagihan dadah, dalam sebuah program televisyen.

Penyanyi yang popular dengan lagu Back To Black itu amat marah dengan tindakan Mitch setelah bapanya itu muncul dalam program dokumentari, My Daughter Amy minggu lalu dan bercakap tentang kesukaran Winehouse melawan ketagihan dadah, hubungan dengan bekas suaminya Blake Fielder-Civil, dan beberapa perkara lain.

"Kenapa bapa saya tidak menulis lagu saja tentang perkara yang mengganggui fikirannya, daripada muncul di televisyen? Anda akan fikir ibu bapa anda amat memalukan," luah Winehouse di laman sosial, Twitter.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan