Mamat Khalid Tubuh Malaysia Film Makers Movement (MFM)

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELIHAT kepada industri perfileman yang semakin kucar-kacir, pengarah filem terkenal, Mamat Khalid mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi memperjuangkan industri filem tanah air.

Menurutnya persatuan atau movement yang bakal ditubuhkan ini berfungsi menggabungkan penggiat-penggiat filem tempatan melalui kreativiti yang boleh dipanggil filem Malaysia.

MFM hanya akan terdiri daripada khalayak pengkarya filem sahaja agar fokus untuk perjuangannya lebih kecil berbanding Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

"Gabungan ini adalah untuk mencari arah tujuan perfileman negara disamping aspirasi bersama kearah satu hala tuju filem satu negara.

"Kita akan fokuskan kepada kepentingan kreativiti dalam pembikinan filem bukan untuk mengumpul dana atau derma untuk aktiviti persatuan.

"Ahli terdiri daripada mereka yang berbeza genre filem dan mereka akan menyumbangkan idea-idea kepada filem-filem yang akan diterbitkan kelak, saya pasti hasilnya akan lebih baik,” ujar Mamat Khalid yang nekad untuk menubuhkan MFM setelah kecundang dalam pemilihan FDAM baru-baru ini.

Menurutnya perancangan menubuhkan persatuan baru ini telah dirancang sejak tiga tahun lalu disebabkan tiada apa-apa perubahan yang dilakukan dalam FDAM.

"Sepatutnya gabungan ini telah dilakukan lebih awal lagi, kita mahu satu organisasi khas untuk filem yang pantas bertindak.

"Setakat ini satu rangka proposal telah disediakan oleh peguam yang menasihatkan kami samaada untuk menubuhkan persatuan baru atau movement sahaja.

"Ini bukan suara saya seorang sahaja malah ramai lagi dibelakang yang menyusulkan pendapat ini, saya hanya mewakili mereka," ujar Mamat Khalid yang juga pengarah filem Kala Bulan Mengambang.

Tambahnya lagi keputusan dan mesyuarat penentu akan dibuat pada Jumaat ini samaada untuk menubuhkan MFM ini sebagai sebuah persatuan atau hanya sebagai gabungan.

"Jika ingin menubuhkan persatuan kita perlu mendaftarkannya terlebih dahulu, jika movement atau gabungan ini lebih mudah dan tidak perlu mendaftar.

"Namun apa-apa pun kita akan tunggu Jumaat ini apa yang akan diputuskan daripada masyuarat tersebut," ujarnya.

Antara pengarah yang akan menyertai gabungan ini ialah Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Erma Fatima, Aziz M Osman, Afdlin Shauki, Dr Razak Mohaideen, Hans Isaac, V.Nagaraj, Dr Mahadi J.Murat dan ramai lagi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan