Elvis Presley Menyayangi Kuda

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNGKIN Elvis Presley pernah menyanyikan lagu Hound Dog tetapi binatang kegemarannya adalah kuda.

Menurut sumber, bekas isteri kepada 'Raja Rock & Roll' itu, Priscilla Presley dan beberapa sumber terdekat memaklumkan pada suatu ketika, bintang lagenda itu pernah memiliki sekurang-kurangnya 18 ekor kuda di kedua-dua kediamannya di Graceland an Circle G Ranch.

Kuda pertama peliharaannya daripada baka quarter-horse bernama Domino telah dihadiahkan kepada isterinya, demikian menurut laporan Discovery News.

Penyanyi itu dikatakan menempatkan kuda-kuda kesayangannya di sebuah bangsal yang dinamakan 'The House of the Rising Sun'.

Selain kuda, Presley turut menyayangi seekor chimpanzee dan beberapa ekor anjing.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan